Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isu Cacah Tatu Di Badan, Pelakon Scha Elinnea Tampil Beri Penjelasan,-“Harap Mereka Faham Dan Jelas..”

Scha Elinnea

Sering tampil dengan gaya seksi menerusi media sosial Instagram, pelakon baru Scha Elinnea sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia kali ini memuat naik foto memaparkan dirinya sedang berbaring di katil dengan memperlihat sedikit cacah tatu di bahagian badannya.

Scha Elinnea

Advertisement

Foto tersebut sekaligus telah mendapat perhatian warga maya sebaik saja ianya dimuat naik dan telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Scha tampil menjelaskan perkara sebenar dan mengatakan bahawa tatu tersebut hanyalah palsu dan boleh dipadam pada bila-bila masa sahaja.

Scha Elinnea

“Memandangkan saya sedang bercuti dan tidak terbabit dengan penggambaran, jadi saya saya beli tatu palsu. Apabila sampai saya terus lekat. Saya bukan mencacah tatu pun. Ianya sekadar suka-suka. Saya pun ada balas komen mereka di IG. Jadi saya harap mereka faham dan jelas. Lagi pula tidak pernah lagi terlintas untuk buat perkara itu.”

Dalam banyak-banyak komen kecaman yang diterima Scha, tidak kurang juga yang memuji kecantikan yang dimiliki pelakon drama Tuan Danial yang berasal daripada Sungai Petani, Kedah ini.

Advertisement

Scha Elinnea

Perkembangan terkini, Scha kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Sitiktok dan Hatimu Sedingin Salju serta Perempuan Tanpa Dosa yang bakal bersiaran di TV3 nanti.

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymousjugak

    December 29, 2020 at 2:59 pm

    Belum lagi mix cantik giler mcm Hannah Delisya…..muka camni mengeyam je lebih

  2. anonymous

    December 29, 2020 at 9:44 am

    muka kedesaan

  3. WickEd

    December 29, 2020 at 3:46 am

    Ambik gambar gini…sapa yg ambikan tu…lepas tu ayat acah suci…kekonon kau suci??? Weird…

  4. bunge

    December 29, 2020 at 12:10 am

    Citer apa perempuan tanpa dosa kt tv3? Bukan astro ria ke? Ke citer lain tajuk sama?

  5. No drama

    December 28, 2020 at 4:55 pm

    Sapa ni? Tak kenal and famous for stupid reasons. Gross and next.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama