Sering tampil dengan gaya seksi menerusi media sosial Instagram, pelakon baru Scha Elinnea sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia kali ini memuat naik foto memaparkan dirinya sedang berbaring di katil dengan memperlihat sedikit cacah tatu di bahagian badannya.
Foto tersebut sekaligus telah mendapat perhatian warga maya sebaik saja ianya dimuat naik dan telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen.
Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Scha tampil menjelaskan perkara sebenar dan mengatakan bahawa tatu tersebut hanyalah palsu dan boleh dipadam pada bila-bila masa sahaja.
“Memandangkan saya sedang bercuti dan tidak terbabit dengan penggambaran, jadi saya saya beli tatu palsu. Apabila sampai saya terus lekat. Saya bukan mencacah tatu pun. Ianya sekadar suka-suka. Saya pun ada balas komen mereka di IG. Jadi saya harap mereka faham dan jelas. Lagi pula tidak pernah lagi terlintas untuk buat perkara itu.”
Dalam banyak-banyak komen kecaman yang diterima Scha, tidak kurang juga yang memuji kecantikan yang dimiliki pelakon drama Tuan Danial yang berasal daripada Sungai Petani, Kedah ini.
Perkembangan terkini, Scha kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Sitiktok dan Hatimu Sedingin Salju serta Perempuan Tanpa Dosa yang bakal bersiaran di TV3 nanti.