Isu Bunuh Diri Jadi Bahan Lawak, Wany Hasrita Sedih Netizen Kurang Sensitif

Hiburan

Isu Bunuh Diri Jadi Bahan Lawak, Wany Hasrita Sedih Netizen Kurang Sensitif

Baru-baru ini, terdapat kejadian yang menyayat hati apabila seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga di pusat membeli-belah Kuala Lumpur.

Penyanyi popular, Wany Hasrita turut bersedih atas berita itu dan mengakui hatinya remuk apabila mendengar sebab berlakunya perkara itu atas kerana masalah kemurungan.

Advertisement
wany hasrita

Wany Hasrita berkongsi video di Insta Story nya mengenai dirinya turut sedih dengan kemalangan yang berlaku di pusat membeli-belah Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kerana berasa sedih dengan berita tersebut, Wany menasihati pengikutnya agar sentiasa menghubungi keluarga terdekat atau rakan untuk bertanya khabar.

Tolong lihat kawan atau ahli keluarga yang dah lama tidak dihubungi… tanya khabar mereka. Kita tak tahu apa mereka simpan, fikirkan dan sedihkan. Mungkin ada orang tak cerita dan suka simpan.

Wany atau nama sebenar Nur Shazwany Hasrita Hasbullah berkongsi nasihat tersebut di Insta Story nya selepas membaca berita tersebut di Twitter.

Dalam pada masa yang sama juga, penyanyi tersebut berasa terkilan kerana ada segelintir masyarakat yang kurang sensitif ketika bercakap mengenai berita ini malah membuat jenaka mengenainya.

Saya rasa masih ada lagi segelintir daripada kita tak sensitif dengan isu ini…

Wany, 29 mendoakan agar semua orang berada dalam keadaann yang baik dan diberi kekuatan untuk menempuhi segala dugaan yang dihadapi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...