Isu Buka Tudung Anak Rosyam Nor, Hamley’s Minta Maaf

Hiburan

Isu Buka Tudung Anak Rosyam Nor, Hamley’s Minta Maaf

Terkejut Abang Nara apabila membaca apa yang terjadi kepada anak Datuk Rosyam Nor. Iyerlah, lepas SPM biasalah pergi minta kerja nak jadi promoter di kedai-kedai tempat membeli-belah, tup-tup permohonan ditolak begitu sahaja hanya kerana anak Rosyam Nor bertudung. Agak menyedihkan kerana perkara ini terjadi di Malaysia, sebuah negara Islam. Kecewa dengan apa yang terjadi, Rosyam Noor meluahkan perasaannya di Twitter.

hamley's rosyam noor

Advertisement

Kedai yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan ialah Hamley’s, sebuah kedai alat permainan kanak-kanak yang amat popular di One Utama. Di kala Perdana Menteri kita menyarankan kehidupan 1Malaysia, agak pelik untuk perkara sebegini terjadi. Sebelum ini Abang Nara ada juga terdengar kejadian yang seumpama ini berlaku (kedai-kedai lain) namun tak ada bukti dipaparkan. Namun pihak Hamley’s telah tampil dengan permohonan maaf dan menyatakan kedainya tidak pernah mengenakan syarat tidak boleh bertudung untuk bekerja di situ.

Salam Sejahtera Semua
Terima kasih kepada semua yang memberitahu pihak kami mengenai isu ini.
Kami tidak mempunyai sebarang polisi syarikat di mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab/tudung. Kami memang mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama.

Setelah disiasat, memang salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam. Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini.

Pihak pengurusan serta semua pekerja di kedai kami dengan ikhlas ingin memohon maaf di atas isu ini. Kami berasa sangat kesal dengan insiden ini dan juga dengan apa yang telah tercetus disebabkannya. Diharap Datuk Rosyam serta anak gadisnya dan juga kaum Muslimin & Muslimah yang telah terguris dengan kejadian ini sudi merima permohonan maaf kami ini.

Yang Ikhlas
Pihak Pengurusan

hamley's rosyam noor

Diharap kejadian yang berlaku ini bukan sahaja menjadi pengajaran buat Hamley’s Malaysia tetapi juga kedai-kedai lain di seluruh Malaysia. Tak perlu rasanya meletakkan apa-apa syarat untuk menerima orang bekerja dengan anda. Dunia pun dah moden, bukan zaman pak kaduk lagi. Kalau bertudung tak bererti jualan anda akan jatuh. Silap-silap meletup lagi. Tak gitu? Ada kejadian serupa pernah berlaku pada anda? Kongsikan di ruangan komen.

P.S: Lelaki tua belikan cincin berlian untuk isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...