Pelawak Atu Zero menafikan dakwaan dia kini sedang bermasam muka dengan abangnya, Sharif gara-gara isu buka aib di sebuah podcast tempoh hari.
Nafi menyimpan dendam, Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Shariff, 33, berkata dia dan abangnya itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Kami okay sahaja, biasalah di media sosial kena bagi nampak gempak macam bergaduh betul-betul.
Sebenarnya bila kami berjumpa di tempat biasa kami okay dan tiada masalah. Tiada dendam antara kami sebab hubungan adik beradik tidak akan terputus.
Terdahulu, Sharif ada berkongsi kisah yang mendakwa adiknya, Atu Zero pernah hampir terjerumus dengan najis dadah kerana tersilap memilih kawan.
Atu kemudian tampil menafikan dakwaan itu dan menganggap Sharif tidak sedar apa yang dikatakan ketika berkongsi cerita mengenai dirinya.
Sharif tampil memohon maaf di atas keterlanjurannya itu dan menjelaskan bahawa dia hanya ingin memberi inspirasi kepada orang ramai menerusi perkongsiannya itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.