Isu Buat Liputan Tanpa Penjarakan Sosial, Seorang Pengamal Media Tampil Beri Penjelasan

Trending

Isu Buat Liputan Tanpa Penjarakan Sosial, Seorang Pengamal Media Tampil Beri Penjelasan

Baru-baru ini tular mengenai para petugas media berhimpit-himpit di dalam masjid, ketika membuat liputan solat Jumaat selepas hampir dua bulan ibadah itu terpaksa ditangguhkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan.

Silap haribulan wujud pula ‘Kluster Wartawan”

Isu ini telah mendapat perhatian netizen yang memberikan pelbagai reaksi dan komen mengenainya. Ada yang menyatakan sekiranya para petugas media ini tidak menjaga penjarakan sosial maka dikhuatiri akan wujud ‘kluster wartawan’ pula.

Advertisement

Berikutan itu, seorang pengamal media yang  dikenali sebagai Freddy Mc Creery menjelaskan mengenai beberapa perkara bagaimana mereka di dalam media bekerja.

Tidak boleh hantar wakil atau mengambil berita dari Bernama.

Menurut Freddy mereka tidak boleh sama sekali untuk menghantar wakil bagi sesuatu tugasan dan dikongsi bersama wartawan lain. Ia akan menjadi isu dengan majikan dan juga boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan undang-undang dari segi intellectual property.

Menyentuh tentang mengambil gambar atau berita dari Bernama, menurutnya ia akan membabitkan kos kerana bahan berita dari Bernama haruslah dibayar. Dan sebab lainnya ialah kemungkinan bahan teresebut tidak bersesuaian dengan laporan yang ingin dibuat.

Dia juga menyatakan tajuk berita biasanya diberikan oleh Editor sebagai tugasan harian. Wartawan boleh memberikan cadangan namun 99% selalunya akan ditentukan oleh Editor. Tajuk berita pula direkan khas bagi menarik minat perhatian pembaca untuk membaca keseluruhan artikel.

Gambar hiasan

“Sekiranya tajuk telah menceritakan segalanya, apakah maknanya lagi keseluruhan artikel tersebut?”

Berlainan pula isunya dengan berita antarabang yang kebanyakkannya diambil daripada agensi berita antarabangsa seperti Bloomberg, AFP, AP, Reuters, BBC dan lain-lain lagi. Jadi nama agensi akan digunakan sebagai byline dan tidak digalakkan menukar apa-apa artikel yang diambil dari agensi tersebut.

Sebagai contoh, media tempatan kebanyakan menggunakan perkataan istilah COVID-9 berbanding media antarabangsa yang menyebut coronavirus kerana berita itu diambil daripada agensi.

Ada wartawan yang menulis sesuatu yang tidak dikatakan di dalam sidang media dan sesetengah wartawan gemar menulis isu yang kurang digemari pembaca.

Freddy menjelaskan  wartawan bukan hanya mengambil berita dari sidang media tetapi mereka turut dibekalkan siaran akhbar yang mengandungi fakta-fakta yang tidak diberitahu ketika sidang media. Adakalanya mereka perlu menghubungi terus pihak tertentu bagi mendapatkan penjelasan sepenuhnya.

tugas media adalah untuk merekod apa sahaja berita tidak kira dia bersetuju atau tidak dengan perkara itu.

“Kenapa perlu ada banyak media agensi, tak boleh ke ada RTM je dah cukup?”

Gambar hiasan. Sumber : Awani

Ini bagi mengimbangi kuasa media supaya tidak berat sebelah. Sekiranya hanya media kerajaan sahaja yang wujud, maka ini akan memberikan kuasa mutlak kepada kerajaan mengawal maklumat yang ingin disampaikan. Ini boleh membawa kepada penyalah gunaan kuasa, kerana tiada media yang bebas untuk melaporkan keadaan sebenar.

Namun, dia mengakui setiap orang tidak lepas untuk melakukan kesilapan. Dan melalui kesilapan kita akan belajar untuk memperbaikinya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...