Isu “BreastFeeding”: Jaga Adab & Maruah Diri, Wanita Ini Berkongsi Pengalaman

Trending

Isu “BreastFeeding”: Jaga Adab & Maruah Diri, Wanita Ini Berkongsi Pengalaman

breast1

Ramai ibu-ibu muda masih tidak faham akan teguran yang diberikan dalam isu menyusukan anak ditempat awam. Bukan tak boleh menyusukan anak, tapi teguran diberi atas dasar maruah yang perlu dijaga.

Berikut adalah perkongsian yang dikongsikan oleh seorang ibu untuk tatapan wanita dan ibu-ibu muda khususnya yang dipetik dari laman facebook cik puan nurul

Advertisement

Saya bagi susu badan kepada kedua-dua anak. Alhamdulillah Balqis dulu menyusu sampai 4 tahun. Aina tahun ni nak masuk 4 tahun masih menyusu badan. Belum pernah minum susu formula. Senang cerita, saya ni penyokong tegar penyusuan susu ibu. Tak percaya? Tengok sticker apa melekat kat kereta saya.

Menyusu kat tempat awam atau nursing in public (NIP) dah jadi perkara biasa. Tapi, saya lakukan dengan ADAB. Baby kalau nak susu, bukan kira bila & di mana. Time tu nak, time tu lah dia menangis. Biasanya saya akan cari baby room.

Kalau dah cari tapi takde, saya akan cari tempat tersorok yang tak jadi tumpuan mata orang awam. Saya pastikan takde tubuh badan saya yang terkeluar. Badan anak akan saya tutup dengan shawl. Kalau ada suami, dia yang tolong pegangkan shawl & jadi penghadang antara saya & public.

Pernah sekali, saya susukan Aina dalam tandas sebab tak jumpa tempat tersorok untuk menyusu. Orang penuh, bersesak. Kat baby room beratur panjang sedangkan Aina dah menangis macam nak putus nyawa. Rasa bersalah sangat pada Aina. Tapi, maruah & nama baik suami juga wajib saya jaga.

NIP takde masalah. Tapi perlu beradab. Aurat bukan semata-mata nampak tubuh badan. Malu pun sebahagian daripada aurat. Nak pulak kita ni orang timur yang kaya dengan adat & budi bahasa.

Kepada mak-mak penyokong tegar breastfeeding, Amran tu bukan tegur pasal menyusu badan. Tapi dia tegur pasal sesetengah mak yang terlalu excited susukan anak sampai terlupa pasal ADAB. Dua perkara yang berbeza. Cara Amran tak betul.

Dia tu memang spesis makhluk yang suka caci maki orang. Memang cara Amran menegur salah, tapi tak payah lah kita ibu-ibu bawak diri kita down to his level semata-mata nak tegakkan kebenaran. Amran & the geng guna bahasa kesat caci maki, kita pun sama habis semua bahasa kasar keluar. Apa beza kita dengan dorang? Sama level je.

Tak boleh nak salahkan Amran 100%. Amran tu lelaki sejati. Sebagai lelaki sejati, dorang ni memang dah dicipta Allah sebagai makhluk yang kaya dengan imaginasi. Nampak orang post gambar susu perahan, dorang nampak benda lain. Kat ofis kalau terjumpa susu perahan dalam freezer, dorang bukan nampak susu tapi dorang nampak 2 payudara yang hasilkan susu.

Kalau dorang tau siapa tuan punya susu tu lagi best imaginasinya. Kalau nampak orang post gambar susukan anak kat facebook, dorang sanggup tonggengkan telefon dengan harapan bila terbalik, baju & tudung yg tutup dada akan terselak. Ok ni lawak bodoh je.

Bayangkan kalau dorang nampak kita susukan anak secara depan-depan. Bergelora perasaan dorang. Jangan kata lelaki ni gila seks. Tu dah memang naluri dorang. Kalau yang baik tu, dorang akan alihkan pandangan atau buat-buat tak nampak.

Tapi bkan semua lelaki ada iman yang tebal untuk kawal nafsu. Ada yang nafsunya tak dapat dibendung. Contohnya yang dah masuk kategori wajib kawin tapi tak mampu atau berjauhan dari isteri.

Jangan dedahkan diri sendiri kepada fitnah. Jangan bagi peluang orang lain mulakan fitnah akibat dari perbuatan kita sendiri. Elakkan perkara yang boleh timbulkan fitnah.

Betul, berdosa buka aib orang.

Tapi ingatlah, jaga diri. Jangan sesekali bagi peluang untuk orang buka aib kita.

Kita sebagai isteri, 24 jam bawa nama baik suami. Sebelum nak buat apa-apa, fikir dulu sama ada tindakan kita akan conteng arang ke muka suami atau tidak. Kalau sampai orang kata suami kita dayus, there is something wrong there. Di antara kewajipan seorang isteri ialah menjaga nama baik & maruah suami.

Last but not least, jangan terlalu fanatik dengan sesuatu perkara sampai lupa adab & maruah diri.

Apa yang admin harap, janganlah terlalu mudah melenting. Fikirkan semula tentang adab sebelum melakukan sesuatu perkara kerana maruah wanita tempatnya di paling tinggi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...