July 8th, 2015

Isu mengenai papan iklan di Bukit Bintang yang dikatakan menyerupai dengan imej seekor babi bersongkok dan bersampin telah menjadi viral di laman sosial dan telah membangkitkan rasa marah kepada mereka yang beragama Islam.

Susulan isu hangat tersebut, pihak Sevcorp telah tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa imej tersebut bukanlah imej seekor babi tetapi ia merupakan haiwan yang dikenali sebagai Wombat iaitu maskot kepada syarikat berkenaan.

Merasa malu dengan sesetengah pihak yang cepat melatah dan salah faham akan isu  berkenaan, Harith Iskander menerusi akaun Facebook miliknya yang mewakili rakyat Malaysia telah  “memohon maaf” kepada pihak Sevcorp.

Berikut adalah kenyataan Harith Iskander :-

Walaupun kita sedar sebenarnya permohonan maaf Harith Iskander itu mempunyai unsur sarcasm, ia juga memberikan kita kesedaran dan pengajaran buat kita agar tidak cepat melatah dalam sesuatu perkara dan terus menghencap pihak tertentu. Harapnya tiada lagi rakyat Malaysia yang memperbesarkan lagi isu ini yee..

Sumber Berita: Facebook Harith Iskander


Comments are closed.

Loading...