Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isu Bikini, Kritikan Peminat Persenda Agama – Maria Farida

Hahaha. Tergelak besar Abang Nara apabila membaca kata-kata Maria Farida ini. Susulan  isu bikini yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini, Maria Farida mempersoalkan komen para peminat yang menyuruhnya solat istikarah untuk membuat pilihan tepat. Bagi Maria, komen tersebut mempersendakan agama kerana solat istikarah dilakukan bukan untuk tujuan sebegitu. Kelakar kan?
maria faridaMungkin Maria Farida tidak dapat memahami kata-kata sindiran yang ditujukan kepadanya. Jujur juga si ‘hot mom’ ini rupanya. Kata Maria Farida menerusi Mstar Online:-

Dalam banyak-banyak kritikan yang saya terima, ada peminat yang meminta saya buat solat sunat Istikarah dan adakah individu itu faham apa tujuan solat itu?

Advertisement

Bagi saya ada sesetengah pengikut ini memberikan kritikan secara kurang bijak dan begitu berani mempersendakan hal berkaitan soal agama.

Mana-mana komen yang melampau saya padam tetapi yang tegur secara baik saya kekalkan kerana saya tahu mereka ikhlas dalam menegur saya dengan cara berhemah.

Saya bukannya seorang yang ego sehingga tidak boleh menerima kritikan dan pandangan orang lain tetapi biarlah dengan cara yang betul

maria farida

Namun sekurang-kurangnya Maria Farida tahu juga tujuan sebenar solat istikarah. Manalah tahu kerana kejujurannya, Maria betul-betul buat solat istikarah seperti yang disarankan. Tak ke kes berat tue? Hehehe. Buat Maria, pesanan Abang Nara, lain kali kalau nak minta pendapat para pengikut, mungkin boleh kongsikan benda lain selain pakaian dalam. Kang tak pasal-pasal kena komen solat istikarah sekali lagi. Hehehe.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama