Menjelang Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi, orang ramai kini giat membuat persiapan Aidilfitri termasuk membeli pakaian dan kelengkapan raya.
Di Kuala Lumpur, suasana juga semakin sesak dengan orang ramai yang keluar membeli barangan raya untuk diri sendiri dan anak-anak pada pelbagai waktu.
Dalam masa yang sama, timbul perdebatan dalam kalangan warganet mengenai tindakan sesetengah ibu bapa yang membawa stroller ke kawasan awam yang sesak ketika membeli-belah.

Ada yang berpendapat perkara itu kurang sesuai kerana keadaan yang terlalu padat mungkin boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak.
Selain itu, mereka juga berpandangan ibu bapa perlu melihat keadaan sesuatu tempat terlebih dahulu sebelum membawa anak kecil ke kawasan yang terlalu ramai orang.
“Kalau boleh, tengoklah tempat dahulu. Kalau tempat sesak macam ini pun nak bawa stroller, saya pun tak tahu akal fikirannya di mana. Kalau saya ada anak pun saya tak akan bawa anak saya ke tempat seperti ini,” kata seorang netizen.
Namun begitu, ada juga pengguna media sosial yang mempertahankan tindakan ibu bapa tersebut kerana mereka mungkin tidak mempunyai pilihan lain selain membawa anak bersama ketika membeli kelengkapan raya.


“Biarlah mereka nak cari baju raya. Siapa nak jaga anak mereka kalau dalam rumah hanya ada mak bapa sahaja? Mestilah mereka nak cari baju raya untuk anak mereka, nak tengok saiz, cuba dulu dan cari kasut. Kenapa pula kau yang stres?,” kata seorang lagi pengguna media sosial.
Sementara itu, usahawan dan pempengaruh media sosial, Shaniena Natasya turut berkongsi pandangannya mengenai isu tersebut.
Menurutnya, tidak semua keluarga mempunyai pembantu rumah untuk membantu menjaga anak, justeru orang ramai tidak sepatutnya terlalu cepat menghukum.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

