Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isu Bakal Bercerai Dengan Adi Putra : Aida Yusof Masih Berdiam Diri

Hari Ahad lepas, kita dikejutkan dengan berita panas berkaitan penceraian Adi Putra bersama isteri pertamanya, Aida Yusof. Sehingga saat kami menulis artikel ini, isu ini masih hangat diperkatakan dan dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Pelbagai spekulasi juga mula timbul mengenai rumah tangga mereka.

Advertisement

Walaubagaimanapun, baik Adi mahupun Aida, kedua-duanya mengambil keputusan untuk berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan. Namun, Aida menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik kapsyen yang  mengatakan dirinya difitnah.

Fitnah ialah niat, kata-kata dan tindakan jahat seseorang yang didorong oleh nafsu dan perasaan dengki terhadap orang lain yang tak bersalah. Fitnah biasanya disebarkan dengan menggunakan kata-kata manis dan helah yang bijak sehingga orang-orang yang mendengarnya menyangka perkara-perkara yang diperkatakannya itu benar.

Apa pun masalah Aida dan Adi, kami harap mereka berdua tidak terlalu mudah berputus asa mempertahankan rumah tangga yang dibina. Akan ada dugaan daripada pelbagai pihak untuk meruntuhkan kebahagiaan didalam perkahwinan tetapi cubalah untuk menyelesaikan setiap perkara dengan cara yang baik.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top