February 14th, 2017

Penyanyi Hazama yang dikecam semalam kerana mengenakan pakaian dengan fesyen celoreng mirip Angkatan Tentera Malaysia tampil memohon maaf sekiranya ada membuatkan mana-mana pihak tersinggung.

Hazama juga memberitahu beliau sama sekali tidak mempunyai niat untuk memperlekehkan ATM seperti yang didakwa oleh sesetengah netizen.

Sebenarnya, sebagai rakyat Malaysia saya juga berasa bangga mengenakan pakaian celoreng yang juga hasil sentuhan pereka fesyen Suffian Tugiman itu.

Pada masa sama, saya juga ingin menggambarkan semangat kecintaan kepada negara kerana saya juga menyanyikan lagu Agi Idup Agi Ngelaban iaitu lagu tema filem Kanang Anak Langkau yang bakal ditayangkan nanti.

Selepas apa yang terjadi sehingga menjadi isu viral, Hazama berjanji beliau akan lebih senstif jika ingin mengenakan pakaikan celoreng agar ia tidak lagi dikaitkan dengan pakaian seragam tentera pada masa akan datang.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...