Agak terkejut jugak apabila suratkhabar semalam rata-rata melaporkan yang 2 laporan polis telah dilakukan terhadap Azmil Mustapha kerana ceramahnya. Menurut berita yang diterima, Azmil Mustapha dikhabarkan telah mengkafirkan kerajaan Malaysia selain menyindir dan memperlekehkan institusi diraja di dalam tazkirahnya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.
Namun begitu, Azmil yang ditemui menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Kata Azmil:-
Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan apatah lagi mahu menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ia tiada kena mengena dengan politik. Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini
Namun menurut bilal masjid tersebut, pihak masjid ada merakam tazkirah yang disampaikan oleh Azmil Mustapha. Abang Nara tak tahu siapa benar siapa salah sebab tiada di tempat kejadian, namun moga-moga pihak polis dapat menyiasat kes ini dengan lebih terperinci. Semoga kebenaran mendapat hak yang sewajarnya.
Kalau anda ada di tempat kejadian, boleh tolong sahkan sama ada dakwaan yang dilakukan terhadap Azmil ini benar atau hanya satu propaganda sahaja.