Isu Ashman & Zouk : “Tak Mungkin Ashman Boleh Memaksa Sesiapa” – Rizal Mansor

Trending

Isu Ashman & Zouk : “Tak Mungkin Ashman Boleh Memaksa Sesiapa” – Rizal Mansor

rizal-mansor-zouk

Susulan isu di Zouk Singapura yang membabitkan anak perdana menteri, Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor telah menafikan dakwaan bahawa Norashman Najib(Ashman) memaksa Zouk Singapura atau deejay memberhentikan persembahan.

Advertisement

Rizal berkata, Ashman mula membuat persembahan selepas tamat sesi deejay jemputan oleh Zouk itu.

Bagaimanapun berlaku sedikit salah faham antara pihak pengurusan Zouk dengan deejay jemputan tersebut mengenai masa mula dan tamat persembahan.

Salah faham itu adalah antara pengurusan Zouk dengan deejay jemputan mereka dan tidak ada kena mengena dengan Ashman.

Berita yang mengatakan bahawa Ashman memaksa pihak Zouk atau DJ memberhentikan persembahan adalah tidak benar sama sekali,” katanya menerusi Facbeook.

Rizal juga berkata, Ashman tidakpernah meminta untuk membuat persembahan dan beliau hanya datang atas jempuan oleh Zouk bagi membuat persembahan penutup.

Mana mungkin Ashman boleh memaksa sesiapa,” katanya.

Zouk Singapura sebelum ini didakwa menghentikan set (senarai) lagu pilihan deejay dari Mesir supaya set lagu anak Perdana Menteri, Norashman dapat dimainkan. Bagaimanapun, Zouk menafikan perkara tersebut.

Satu video yang memaparkan kejadian dimuat naik di media sosial dan viral.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...