“Istiqamah Itu Berat, Paksalah Diri..” – Neelofa Kongsi Tips Kekal Istiqamah, Norreen Tunduk Tak Dapat Tahan Sebak

Hiburan

“Istiqamah Itu Berat, Paksalah Diri..” – Neelofa Kongsi Tips Kekal Istiqamah, Norreen Tunduk Tak Dapat Tahan Sebak

Melalui laman TikTok @mymeletop baru-baru ini, satu hantaran yang memaparkan pengacara Nabil dan Neelofa menemubual pelakon serta pempengaruh, Norreen Iman telah meraih perhatian.

Norreen cerita kisah sebelum ke Umrah

Dalam video tersebut, Norreen kedengaran menceritakan kisah mengenai dia mendengar suara menyuruhnya untuk pergi menunaikan Umrah biarpun ketika itu tiada siapa-siapa dikelilingannya.

Advertisement

Sementara sedang mencerita kisahnya itu, pelakon terbabit tidak dapat menahan sebak apabila menceritakan detik-detik sebelum tergerak hati mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Lofa kongsi tips kekal istiqamah

Dalam pada melihat Norreen sedang menitiskan air mata, sebagai pengacara, Neelofa turut sempat berkongsikan kata-kata semangat dan berpesan seseorang itu perlu mencari ilmu untuk kekal istiqamah.

Istiqamah itu berat, ringan itu istirehat. Tapi paksalah diri kalau kita nak perbaiki diri.

Tambahannya lagi, cara yang betul-betul boleh mengekalkan seseorang terus beristiqamah adalah dengan mencari ilmu kerana itu merupakan kunci kepada hidayah.

norreen
10 months ago

"Baik Atau Buruk Orang Tetap Mengata.." - Norreen Iman Nafi Hijrah Kerana Ingin 'Tunggang' Agama, Ikhlas Berubah Demi Kebaikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...