Istimewa Untuk Kaum Hawa, Watsons Beri Diskaun 38% Hujung Minggu Ini

Hiburan

Istimewa Untuk Kaum Hawa, Watsons Beri Diskaun 38% Hujung Minggu Ini

Tarikh 8 Mac setiap tahun adalah tarikh yang sangat istimewa untuk kesemua wanita di dunia ini. Pada tarikh ini, sambutan Hari Wanita Sedunia akan berlangsung sebagai tanda perjuangan seorang wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun kepimpinan tanpa mengira bangsa, agama, status hidup dan juga latarbelakang. Untuk makluman, berdasarkan kajian, masih banyak negara yang mengamalkan dasar atau undang-undang yang mendiskriminasi wanita. visua

Untuk tahun 2019, tarikh keramat 8 Mac jatuh pada hari Jumaat ini. Sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap kaum Hawa di Malaysia, Watsons Malaysia bakal mengadakan promosi ISTIMEWA bermula dari 7 Mac sehingga 11 Mac ini. Sekiranya anda seorang wanita, anda bakal menerima diskaun sehingga 38% untuk produk jenama Watsons sepanjang promosi ini berlangsung.

Advertisement

Kesemua produk-produk jenama Watsons ini sudah pasti akan memperkasakan, menjelitakan dan menyerlahkan lagi keanggunan dan kecantikan anda sebagai seorang wanita. Ini adalah masa terbaik untuk anda memastikan syampu, pencuci muka, kolagen serta sabun anda di”restock” secukupnya. Antara produk-produk yang terbabit ialah:-

  1. Collagen by Watsons

Menggunakan teknologi cecair kristal dari Korea, produk Collagen by Watsons ini telah pun terjual lebih daripada 177 juta unit. Ia mempunyai tri-collagen yang akan membersihkan, menambahkan keanjalan dan membantu menghidupkan kembali kulit anda. Senang cakap, sekali dah pakai, confirm muka anda cun melecun macam selebriti Korea.

  1. Hair Systems by Watsons

 Rambut adalah mahkota seorang wanita. Bukan senang untuk memastikan rambut sentiasa sihat, tiada kelumumur dan sentiasa bersinar. Dengan Hair Systems by Watsons, anda boleh mendapatkan rambut yang diidam-idamkan selama ini. Sekiranya anda menggunakan produk ini, ia seolah-olah anda mempunyai salon di rumah. Confirm rambut lembut bak sutera!!!

  1. Naturals by Watsons

Buat anda yang gemar menggunakan produk berasaskan alam semulajadi, Naturals by Watsons sudah tentu adalah pilihan terbaik. Antara yang laris bak pisang goreng panas ialah syampu dari aloe vera, krim tangan daripada olive dan juga body scrub daripada buah oren. Pilih je yang mana anda berkenan.

  1. Target Pro by Watsons

Buat anda yang ingin tampil lebih muda berbanding usia, Target Pro by Watsons ini memang WAJIB anda cuba. Diperbuat di Jepun, produk-produk yang ditawarkan memang lengkap untuk penjagaan kulit wajah anda. Toner ada, moisturiser untuk kegunaan seharian ada, krim malam sebelum tidur ada dan gel pencuci pun ada. Paling awesome, Target Pro by Watsons ini diperbuat daripada sirt belian untuk kesan yang menakjubkan.

  1. Naturals Skin Care by Watsons

Last but not least, selain daripada syampu dan sabun badan, Watsons melalui rangkaian Naturals by Watsons mereka juga menawarkan produk penjagaan muka yang berasaskan bahan-bahan semulajadi. Produk pilihan kami adalah krim perlindungan matahari Rice Bran & Soy Bean Suncare Lotion dan juga Tea Tree & Green Tea Mattifying Toner. Tapi korang wajib tengok full range mereka, memang cukup komprehensif ! Harga dia pun memang berpatutan.

Jadi bersempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac ini, apa kata anda berkunjung ke Watsons berhampiran untuk membeli mana-mana produk yang anda rasakan sesuai dengan anda. Jadikanlah ia sebagai satu hadiah kepada diri sendiri. Tanda anda menghargai segala pengorbanan, perjuangan dan kegigihan anda berjaya menjalani hidup sebagai seorang wanita di dunia yang penuh cabaran ini. Maklumat lanjut layari www.watsons.com.my. Selamat Hari Wanita Sedunia dan selamat membeli-belah!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...