Baru-baru ini, kecoh di media sosial selepas pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun tampil menegur dialog yang dilontarkan oleh Janna Nick dalam drama barunya, Surat Dari Tahun.
Sebagai pelakon, Janna akui ia bukanlah mudah untuk dirinya melakonkan watak jahat dalam drama tersebut dan watak ini merupakan paling jahat yang pernah dilakonkan olehnya.
Ada kala apabila saya tengah shoot, terutama di Mekah dan Madinah, saya jadi takut untuk teruskan scene tertentu. Risau perkataan yang jahat dari mulut watak Misha tu dimakbulkan.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata dia sentiasa istighfar setiap kali dirinya mengungkapkan kata-kata kesat atas tujuan kerja.
Sekadar info, drama Surat Dari Tuhan ini merupakan terbitan Mache All Star United Sdn Bhn dan diarahkan oleh Pali Yahya.