“Isteriku Doktor, Tapi Kahwin Macam Tak Kahwin Sebab Dia Terlalu Sibuk”

Trending

“Isteriku Doktor, Tapi Kahwin Macam Tak Kahwin Sebab Dia Terlalu Sibuk”

Kerjaya sebagi seorang doktor walaupun dipandang tinggi oleh masyarakat dan mempunyai pasaran hangat sebagai calon menantu, bukanlah satu kerjaya yang mudah dan santai. Apatah lagi jika doktor baru dalam peringkat housemanship. Mereka harus datang ke hospital untuk berkhidmat jika dipanggil tanpa mengira masa.

Justeru, seorang lelaki yang beristerikan seorang doktor meluahkan rasa bengangnya di Facebook kerana isterinya terlalu sibuk dan tidak begitu mempunyai masa untuk menguruskan rumahtangga dan melayan dirinya sebagai suami.

Advertisement

Lelaki yang mendakwa bekerja sebagai seorang guru itu mengakui merasa bosan membantu melakukan kerja rumah dan mengakui sudah berhenti melakukannya selama dua minggu kerana merasakan ia bukan tanggungjawabnya. Ikuti luahannya di bawah:

Bagaimanapun, luahan si suami telah dibalas oleh seorang doktor lelaki yang meminta agar guru itu memahami tugas dan kesibukan seorang doktor:

Sementara itu, Netizen beranggapan lelaki itu tidak memahami kerjaya isterinya dan tidak mahu konsisten bertolak ansur.

“Cari pasangan yang faham kerjaya masing-masing.”

Ada juga yang berkata di suami sepatutnya memikirkan megenai kerjaya isteri sebelum mengahwininya.

“Kahwin dengan surirumah je.”

Ada juga yang berkata sepatutnya lelaki itu tidak berkahwin dengan isterinya.

“Ingat ada seorang pesakit sehari je?”

Tetapi ada juga yang berkata kecaman terhadap si suami ialah contoh mengapa golongan lelaki lebih suka memendam perasaan dan respons yang diberikan juga berat sebelah kerana jika suami yang tidak punya masa untuk rumahtangga, pasti Netizen sudah menasihatkan mereka bercerai.:

 

Apa pun, suami isteri perlu saling memahami mengenai kerjaya masing-masing. Jika tiada jalan penyelesaian, maka pasangan tersebut perlu megambil kata putus. Adakah isteri patut terus berkhidmat pada ahli masyarakat atau berhenti dan menumpukan pada suami dan anak-anak yang bakal dilahirkan? Buatlah pilihan yang terbaik. – amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

6 Comments

  1. Nana

    May 3, 2019 at 11:55 am

    Cikgu ke budak darjah Dua ni….

Loading...