Nampaknya ada kekeliruan maklumat di sini. Semalam Mstar Online melaporkan yang pihak DBKL telah pun mengarahkan agar Datuk Yahya Sulong dan isterinya, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka di flat Bandar Baru Sentul akibat kegagalan membayar sewa rumah bernilai RM800.
Namun hari ini, menerusi suratkhabar Kosmo, Datin Alisah Ali menafikan perkara tersebut. Beliau sendiri tidak tahu bagaimana cerita tersebut boleh timbul. Malah menurutnya, DBKL tidak pernah menghalau walaupun gagal membayar sewa bernilai RM800.
Kalau betul tak dihalau, syukur Alhamdulillah kerana keprihatinan yang ditunjukkan oleh pihak DBKL. Tolak ansur sebegini sememangnya harus diberikan lebih-lebih Datuk Yahya Sulong menderita penyakit asma dan Datin Alisah sendiri menghidap kanser paru-paru. Semoga selepas ini akan ada lebih banyak pihak tampil untuk memberi bantuan kepada pasangan ini.