Isteri Tuntut Cerai Kerana Tak Dapat Bermain PUBG

Teknologi

Isteri Tuntut Cerai Kerana Tak Dapat Bermain PUBG

Kerana gemar bermain permainan popular yang menjadi ikutan di seluruh dunia, seorang wanita menuntut cerai dari suaminya.

Puncanya, si suami tidak mengizinkan si isteri bermain permainan popular PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), lapor Gulf News.

Advertisement

Wanita berusia 20-an dilaporkan oleh Pengarah di Pusat Sosial, Kapten Wafa Khalil Al Hosani berkata, pihaknya menerima satu kes yang luar biasa itu yang membabitkan permainan popular berkenaan.

Seorang wanita Arab datang ke pusat ini, meminta bantuan selepas dia bergaduh dengan suaminya mengenai permainan itu.

Wanita itu menuntut cerai kerana dia mempunyai hak untuk bermain permainan itu tetapi dihalang, sedangkan dia selesa dan menggemari permainan itu.

Dia juga menjelaskan, dia tidak mengaktifkan fungsi chat di mana dia akan terdedah kepada orang yang tidak dikenali dan hanya bermain dengan kenalan dan juga keluarganya.

Tambahnya lagi, suaminya takut dia akan ketagih dengan permainan itu yang mana akan menyebabkan dia mengabaikan tanggungjawabnya terhadap suami dan keluarga.

Si suami menegaskan dia bukan mahu menyekat kebebasan isteri tetapi mahu memastikan hubungan silaturrahim keluarganya terjaga.

Lelaki terbabit tidak menjangka hal itu akan menjadi serius sehingga isterinya menuntut perceraian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...