Isteri Tidak Cukup Tidur Berisiko Alami Tekanan, Kemurungan Dan Gangguan Jiwa

Trending

Isteri Tidak Cukup Tidur Berisiko Alami Tekanan, Kemurungan Dan Gangguan Jiwa

Menguruskan rumahtangga bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan komitmen yang tinggi bersama suami dan isteri.

Apabila tugas isteri menjadi surirumah sepenuh masa, sudah tentu banyak masa dihabiskan untuk mengurus rumahtangga hingga tidur pun tak cukup.

Advertisement

Berbanding para suami yang keluar mencari rezeki disiang hari dan pulang ke rumah pada lewat petang. Namun begitu, tugas menguruskan rumahtangga tidaklah 100% terletak di bahu isteri.

Adalah lebih baik si suami fahami tugas isteri dirumah dan membantu meringankan bebannya serba sedikit.

Jom ikuti tips daripada Doktor Taufiq Razif mengenai hal ini..

Semalam saya biar je isteri saya tidur dulu. Saya pula yang ambil giliran tidurkan anak-anak.

Ada 5 sebab kenapa saya taknak isteri saya selalu tidur lambat dan tak cukup tidur :

1. Saya kan nak isteri saya kekal ramping. Saya tahu kalau selalu tidur lambat ni akan membuatkan isteri saya gemuk ( obesity ). Ada kajian pada tahun 2004 mengatakan mereka yang tidur kurang daripada 6 jam lebih berisiko untuk gemuk dibandingkan mereka yang tidur lebih daripada 6 jam.

2. Saya kan nak isteri saya cantik macam bidadari di depan mata saya. Saya tahu tak cukup tidur hanya akan membuatkan hormon cortisol ( stress hormone ) dalam badan dia makin banyak. Cortisol ni akan break down kolagen pada kulit tau. Makin cepat kurang kolagen, makin tak elastic dan tak mulus la kulit isteri saya. Bahasa mudahnya adalah, MAKIN CEPAT TUA! Aduh!

3. Saya juga tak nak isteri saya pelupa. Saya sangat perlukan seorang isteri yang boleh ingatkan saya ketika saya terlupa. Kalau dua-dua pelupa memang kucar kacir rumahtangga. Tahu tak, tak cukup tidur ni boleh buatkan seseorang tu jadi pelupa? Longterm memory otak lebih mudah terbentuk pada level tidur yang paling dalam sekali. Kalau kurang tidur, kucar kacir la sistem memori tu.

4. Saya tak nak isteri saya stress, depresi dan mengalami mood disorder. Saya tahu biasanya orang ada penyakit depression dan anxiety ni biasanya tidur kurang daripada 6 jam sehari. Saya nak mood isteri saya stabil dan bahagia kerana saya percaya mood bahagia isteri saya akan mempengaruhi mood saya dan anak-anak juga.

5. Saya tak nak isteri saya sakit-sakit. Kekurangan tidur yang melampau dan berpanjangan boleh menyebabkan penyakit yang sangat fatal antaranya :

– serangan jantung
– risiko nak kena darah tinggi meningkat
– risiko nak kena kencing manis meningkat
– sistem imun pun jadi makin lemah

Jadi saya pesan sangat kepada diri sendiri dan para suami semua, tengok tengokkanlah kualiti tidur isteri kita ye terutamanya yang ada anak kecil. Tak salah pun bergilir jaga anak kan.

Tolong sampaikan pesanan ni ye.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...