Sekarang kita sekali lagi terpaksa menghabiskan waktu di rumah jer berikutan pelaksanaan PKP 2.0. Ini juga membuatkan ramai yang banyak menggunakan media sosial untuk kongsikan apa sahaja yang mereka lakukan di rumah, tapi berpada-padalah dalam berkongsi.
Sekarang, tersebar pula video yang dikongsikan oleh Kool FM di Twitter rasmi mereka yang menunjukkan seorang isteri yang cuba menunjukkan perangai suaminya di rumah.
Betul ke para suami macam ni??? yang last tu macam betul je hahahaha kenapa eh? Tolong jawab…
Credit : hafizhamids#KoolFM #funnytiktok #videoviral #perangaisuami #tiktok #tiktokmalaysia #malaysia pic.twitter.com/9KGtaRARAY
— Kool FM (@koolfmmy) January 23, 2021
Bagaimanapun, niatnya untuk menunjukkan situasi itu tidak dapat diterima netizen yang melihat dia seperti hanya ingin menunjukkan kemewahan hidupnya.
Apa ke bod*h bazir susu anak demi content? – Netizen.
Ditambah pula pada awal video, wanita terbabit telah sengaja tumpahkan susu bayi atas meja yang dilihat sangat membazir lagi-lagi pada waktu sukar ini ramai yang tidak mampu membeli susu anak.