Isteri Terlalu Sibuk Layan Facebook & WhatsApp, Suami Ini Nekad Cari Isteri Kedua

Trending

Isteri Terlalu Sibuk Layan Facebook & WhatsApp, Suami Ini Nekad Cari Isteri Kedua

Kecanggihan teknologi yang semakin lama semakin canggih ketika ini sepatutnya digunakan dengan cara yang berhemah dan bijak. Namun berbeza pula dengan isteri seorang lelaki ini. Suaminya mendakwa isterinya siang malam sibuk memanjang melayan Facebook dan group WhatsApp.

Advertisement

Pada awalnya, si suami masih mampu bersabar dan bertahan lagi dengan sikap isterinya. Namun, apabila anak mula terabai, dapur tak berasap, si suami terpaksa melakukan semua kerja di rumah.

Sudah diberikan nasihat, malangnya masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Jadi, usah hairan jika suami mula mencari yang lain. Namun tak semua isteri bersikap sebegini. Hanya segelintir.

Jom ikuti luahan suami kecewa ini..

Apa pendapat sekalian. Isteri saya asyik melayani Facebook dan group WhatsApp. Kadang-kadang anak berak, lapar, jatuh dia tak pedulikan. Saya dah puas menasihatkannya tetapi tak dengar cakap.

Dia duduk di rumah saja, tak kerja. Bila saya balik rumah, tahi anak masih melekat di pampers. Bila saya tanya kenapa tak basuh, katanya anak baru berak. Bila saya basuh, punggung anak dah merah sebab dah lama sangat tak dibasuh.

Hari-hari isteri masak nasi dengan telur goreng. Padahal dalam peti ais penuh dengan barang-barang masakan yang lain. Kadang-kadang sayur jadi rosak sebab tak dimasak.

Pernah sekali saya masak sebab sudah tidak tahan dengan perangai isteri. Saya buat semua kerja, ingatkan dia akan berubah tetapi malangnya tidak. Isteri menjadi semakin malas.

Oleh kerana seminggu lagi saya outstation, saya bercadang nak tinggalkan anak di rumah mak saya sebab bila saya tiada, isteri bertambah lebih suka. Dia menjadi bebas untuk melakukan apa-apa yang dia suka.

Mohon doakan saya semoga cepat-cepat berjumpa jodoh dengan isteri kedua yang baik, tak nak pemalas dan kuat melawan seperti yang sedia ada ini.

Saya bukan tidak mahu membantunya buat kerja tetapi dia sudah melampau. Semakin dinasihat, semakin menjadi-jadi.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...