Baru-baru ini, tular di platform Threads mengenai luahan seorang isteri yang terfikir mahu bercerai kerana suami enggan membelikan botol air berharga RM30.
Wanita tersebut meluahkan dia berasa kecewa apabila suaminya memberikan alasan ‘tunggu gaji besar’ sedangkan mempunyai pendapatan hampir RM3,000 sebulan.
Aku minta suami aku belanja tumbler harga RM30. Jawapan dia tunggi dia dapat kerja gaji besar.
Tak pernah aku minta belanja gelang emas atau benda mahal-mahal.
Wanita tersebut turut mendakwa bahawa suaminya tidak pernah memberikan nafkah secara tetap, sebaliknya hanya menunaikan keperluan asas seperti tempat tinggal dan makan minum.
Perkongsian itu telah menarik perhatian ramai warganet dan ada yang menyokong luahan si isteri, menekankan pentingnya usaha dan keprihatinan seorang suami dalam rumah tangga.
Namun begitu, tidak kurang juga yang mempersoalkan kenyataan tersebut, menganggap si isteri terlalu menilai perkahwinan berdasarkan perkara remeh.
Ada juga yang mencadangkan agar si isteri cuba mendekati suami dengan pendekatan yang lebih lembut.
Menjawab cadangan itu, si isteri berkata dia sudah mencuba pelbagai cara, namun suaminya masih berpegang pada alasan yang sama sejak awal perkahwinan iaitu ‘tunggu kaya dulu’.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.