Isteri “Terhutang Budi” Serah Tubuh Sendiri Pada Teman Lelaki

Trending

Isteri “Terhutang Budi” Serah Tubuh Sendiri Pada Teman Lelaki

Luluh hati seorang suami apabila melihat isterinya berada di dalam bilik di sebuah hotel dalam keadaan yang mengaibkan bersama seorang lelaki bukan beragama Islam, lapor Harian Metro.

Advertisement

Kecurangan wanita itu dikesan selepas pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memeriksa sebuah blok hotel di Kuala Nerus, Selasa lalu.

Dalam serbuan yang dilakukan pada jam 7.15 pagi itu, wanita berusia 27 tahun berkenaan mendakwa menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki itu selepas dikatakan terhutang budi yang mana lelaki itu telah banyak membantunya dari segi kewangan untuk memajukan perniagaannya.

Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada suami wanita berkenaan.

Difahamkan, si suami yang berusia 30’an telah melakukan siasatan sendiri selepas curiga dengan perubahan sikap isterinya yang seringkali mengamuk setiap kali dia tidak mengizinkan mereka berjumpa.

Lebih menambahkan rasa curiga si suami apabila lelaki bukan beragama Islam itu dengan selamba menjemput isterinya di rumah mereka pada hari kejadian.

“Lelaki terbabit mengambil keputusan untuk mengekori mereka dan terkejut apabila melihat sendiri pasangna itu masuk ke dalam hotel bersama-sama.

“Walaupun kecewa dan marah dengan tindakan isterinya, dia tidak bertindak sendiri, sebaliknya menghubungi penguatkuasa JHEAT terlebih dahulu untuk memaklumkan kejadian itu.

“Ketika serbuan dilakukan, pasangan berkenaan berada dalam keadaan mengaibkan tanpa seurat benang sebelum mereka dibawa ke Pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut,” katanya.

Wan Mohd berkata, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzi) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...