Isu penceraian bukan lagi sesuatu yang asing di Malaysia. Antara punca utama yang sering dikaitkan termasuklah masalah kewangan, kurangnya komunikasi, dan isu kecurangan dalam rumah tangga.
Baru-baru ini, seorang pempengaruh iaitu Ariff Peter telah berkongsi sebuah video yang memaparkan pergaduhan antara sepasang suami isteri yang sedang bergelut menyelamatkan perkahwinan mereka.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok itu, si isteri dilihat beberapa kali meninggikan suara dan mendesak suaminya agar menceraikannya, kerana dia tidak lagi mahu meneruskan hubungan tersebut.
Namun begitu, si suami cuba untuk bertenang dan memujuk isterinya agar memahami tekanan dan tanggungjawab yang ditanggung olehnya.
Difahamkan, si isteri nekad untuk berpisah kerana tidak lagi mampu bertahan dengan tekanan masalah kewangan yang membelenggu rumah tangga mereka.
Kaum lelaki dilarang miskin? Dunia ini kejam dengan lelaki miskin. Ramai isteri akhir zaman hilang hormat dengan suami kerana miskin.
@bossariffpeter♬ original sound – Ariff Peter
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada yang bersetuju supaya lelaki tersebut menceraikan isterinya kerana didesak berkali-kali, namun ada juga yang meminta agar dia bertahan demi mempertahankan rumah tangganya.
Dalam Islam, wanita dilarang meminta cerai atau mengugut cerai tanpa sebab yang sah dan kukuh menurut syarak. Namun, penting untuk difahami bahawa perceraian adalah langkah terakhir setelah semua usaha memperbaiki hubungan dilakukan, bukan jalan penyelesaian pertama dalam menghadapi konflik rumah tangga.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.