“Isteri Tamak Punca Rasuah Tak Berkesudahan” – Menteri Indonesia

Trending

“Isteri Tamak Punca Rasuah Tak Berkesudahan” – Menteri Indonesia

26lukman.transformedSeorang menteri di Indonesia mengeluarkan kenyataan luar biasa apabila mengatakan permintaan isteri yang melampau menjadi punca utama korupsi di negara itu yang kini dibelenggu rasuah yang tidak berkesudahan.
Indonesia yang sekian lama berjuang menentang rasuah, menyaksikan birokrasi di negara itu dilumpuhkan oleh rasuah dan tokoh masyarakat terkemuka, dari menteri kepada hakim-hakim kanan, dipenjara kerana menerima sogokan.

Menteri Hal Ehwal Agama, Lukman Hakim Saifuddin menyalahkan para isteri golongan elit yang tamak sebagai punca kepada rasuah.

Advertisement

Isteri-isteri golongan elit di negara itu terkenal sangat menyukai pakaian dan beg tangan berjenama yang mahal.

Rasuah sering didorong oleh banyak perkara. Mesej saya adalah untuk tidak menuntut terlalu banyak perkara yang luar biasa, ia akan menjadikan anda penyumbang kepada gejala rasuah yang berjaya,” katanya yang dipetik sebagai berkata dalam majalah Kompas.

Namun komen yang dilontarkan oleh Lukman itu tidak disenangi ramai pihak.

Seorang suri rumah, Viona Savita berkata ianya tidak adil untuk menunding jari kepada wanita semata-mata.

Jangan hanya menyalahkan isteri, itu sudah melampau,” kata Syavita sebagaimana laporBH Online.

Indonesia tahun lalu berada di tangga ke 88 dari 168 negara dalam Indeks Ketelusan Persepsi Rausah Antarabangsa.

Sumber : www.samaa.tv

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.