Pengakuan Andy Flop Poppy tentang perkahwinan keduanya bukan sahaja mengejutkan orang ramai, malah isteri pertamanya juga turut sama terkejut dengan berita tersebut. Isteri pertama Andy iaitu Nurul Shafizan Othman, 42, tidak pernah bersetuju dengan perkahwinan kedua suaminya itu. Nurul Shafizan hanya mengetahui dirinya dimadukan selepas Andy memuatnaik gambar isteri keduanya itu di laman Instagram miliknya.
Berdasarkan nama pengguna di Instagram, isteri kedua Andy bernama Aliaah Abdullah. Hasil perkahwinan pertamanya, Andy telah dikurniakan 7 orang anak. Apa pun, ini luahan hati isteri pertama Andy Flop Poppy:-
Saya tidak setuju denga perkahwinan itu. Biar Allah yang tentukan. Moga rumah tangga saya dapat kembali kepada asal. Mungkin ini dugaan saya dengan anak-anak. Selebihnya, saya enggan komen lanjut.
Nampaknya Andy Flop Poppy perlu bertemu isteri pertama untuk menjelaskan perkara sebenar. Tak molek sekiranya bermasam muka kerana hal ini. Kalau betul-betul mampu, apa salahnya kahwin lagi satu kan? Semoga ada jalan penyelesaian. Taknak lah cerai berai lebih-lebih lagi anak dah 7 orang. Tak gitu? Sumber Mstar Online.