“Isteri Tak Menyanyi Dah, Saya Tak Izinkan..” – Hafiz Suip

Hiburan

“Isteri Tak Menyanyi Dah, Saya Tak Izinkan..” – Hafiz Suip

Penyanyi Hafiz Suip mendedahkan dia tidak mengizinkan isterinya, Fiona untuk kembali aktif menyanyi buat masa ini kecuali sekiranya mereka terlibat dalam projek bersama.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip berkata, dia mahu Fiona memberi tumpuan sepenuhnya kepada rumah tangga mereka selepas mendirikan rumah tangga.

Advertisement

“Isteri saya, Fiona memang seorang penyanyi dahulu dan kami berkenalan pun ketika saya mencari penyanyi pengganti Adira untuk Konsert Hafiz Suip-Perjalananku di Kuching pada Oktober 2024.

“Tetapi sekarang apabila sudah bergelar suami isteri, dia tidak menyanyi dah. Saya tak izinkan. Tak bolehlah, biar saya seorang sahaja yang menyanyi.

“Bagaimanapun kalau ada projek menyanyi atau lagu yang kami perlu bekerjasama, insya-Allah boleh,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Fiona memaklumkan dia akur dengan keputusan suaminya kerana merasakan sudah lama aktif dalam bidang nyanyian dan kini mahu berehat seketika.

“Saya menyanyi pun sebab dulu pernah menyertai salah satu program realiti, My Starz LG musim kedua disiarkan TV3 pada 2008. Sejak itu, saya aktiflah menyanyi di Kuching, Sarawak.

“Cuma, saya tidak buat album sahaja. Sebabnya pun, saya hanya aktif menyanyi dalam acara-acara hiburan dan majlis makan malam atas undangan.

“Tapi sekarang, buat masa ini saya berehat dulu. Suami pun cakap supaya rehat dulu dan dia tidak benarkan. Jadi, saya hormati saja keputusan itu,” ujarnya.

Pada 13 Februari lalu, Hafiz kembali sah bergelar suami kepada Fiona dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di sebuah dewan di Petrajaya, Kuching.

Untuk rekod, Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan Nureffy Jasreel pada 14 Mei 2016 dan memiliki dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyahd Zafri, 9, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5 tahun.

Fiona pula pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berketurunan Cina dan dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum berpisah kira-kira lima tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

amira othman
2026-03-10 12:31:07

"Tak Semestinya Saya Diam, Saya Boleh Dibuli" - Amira Othman Dedah Pernah Dilabel Sund*l Oleh 'Haters'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...