Isteri Tak Kan Tinggal Suami Walau Dalam Susah Berbanding Perempuan Simpanan

Trending

Isteri Tak Kan Tinggal Suami Walau Dalam Susah Berbanding Perempuan Simpanan

Kebanyakan lelaki bergelar suami bila dah berjaya, bermacam-macam benda dan perkara yang mereka mahukan. Kalau suami jenis yang lupa diri, pasti ada niat di hati nak ‘pasang satu lagi’ dalam diam tanpa pengetahuan isteri.

Advertisement

Tetapi, bersedia atau mampukah menanggung perempuan simpanan itu, wahai suami?

1. Lelaki bila dah ada perempuan simpanan, bukan main lagi belikan hadiah. Barang yang dibeli pula bukannya murah, semuanya mahal-mahal belaka. Perempuan itu apa lagi? Semakin teruja & ‘sayang’ pada poket lelaki.

Tetapi bila isteri sendiri, suami hanya beri hadiah ‘biasa’. Bersyukur jugalah masih diberi hadiah dari ada yang langsung tak bagi dan langsung tak ingat bila harijadi isteri pun.

2. Dengan perempuan simpanan, sanggup dibelai manja, diberi segala makanan yang baik agar kesihatannya terjaga. Siap tolong kupas kulit buah epal lagi. #SoSawit200%

Bila isteri sendiri minta tolong suami kupaskan kulit buah epal, berjuta alasan yang terpacul dari mulut suami semata-mata tak nak buat kerja yang dianggap remeh itu.

3. Suami sanggup keluar jemput perempuan simpanan pulang dari bershopping walaupun waktu itu adalah waktu bekerja. Bagi dia, hati perempuan itu perlu dijaga agar terus kekal bersama dengan dirinya.

Malangnya, bila isteri minta suami tolong jemput dan hantar ke balik, isteri belum habis cakap dalam phone, suami dah pokpekpokpek macam-macam alasan tak boleh datang.

Lagi disuruhnya balik naik teksi atau bas. Tak ada masa suami nak fikir penat isteri bawa banyak beg plastik, penat berjalan bagai. Dulu masa sebelum kahwin, kisah pula kan?

4. Terlambat pick up, perempuan simpanan terus marah dan merajuk. Dah sah-sah lelaki kena pujuk. Nak pujuk bukannya murah. Yang peliknya sanggup si lelaki suami orang ini turunkan ego minta maaf pada perempuan itu yang sah-sah bukan ada ikatan yang halal dengan dia. Siap boleh berjanji lagi kau.

Dengan isteri sendiri? Suami dengar saja isteri membebel atau marah sebab lambat datang jemput, tak adanya dia nak minta maaf.

“Awak nak marah apsal? Bukannya ada orang nak rogol awak pun kalau tunggu lama sikit kat sini? Nak risau apa?”

Sebelum berkahwin bukan main caring. Lelaki lain pandang, dah melenting siap nak ajak bertumbuk dan masa itu boleh pula tepati masa? Dah kahwin? Kelaut!

5. Bila isteri ajak ‘bersama’, sedaya upaya menolak. Malang nasib kalau suami kata isteri yang cuba mengodanya buang tabiat. Terbantut niat nak minta nafkah batin.

Bila perempuan tak guna itu ajak ‘bersama’, terus cepat-cepat buka pakaian terkam katil. Mak aih, betul-betul punya tak sabar, kan?

6. Isteri marah anak sikit, pukul sikit sebab buat perangai, suami kata isteri tak sayang dan tak pandai didik anak.

Si suami ingat perempuan perosak rumahtangga itu pandai jaga dan boleh menaruh kasih sayang pada anak dia? Di depan memanglah dia tunjuk caring bagai. Di belakang, mau budak itu jadi mangsa dera. Buka mulut, pasti dah kena ‘akibatnya’ nanti.

7. Isteri minta duit lebih sikit untuk beli barang dapur, tapi suami tak nak bagi. Alasan demi alasan diberikan, disuruh pula isteri berjimat cermat. Isteri tak banyak cakap, isteri akur dan cari jalan bantu suami tingkatkan pendapatan.

Perempuan itu?

Saban waktu mencekik si suami. Lelaki berilah alasan apa pun, perempuan itu tetap akan cari jalan agar kehendaknya dapat dipenuhi. Bukannya dia nak faham pun apa masalah lelaki itu. Takut kena tinggal, terpaksalah lelaki itu akur.

8. Dapat tahu suami kena penyakit, isteri mana yang nak tengok suami tanggung derita seorang diri kan? Macam-macam usaha si isteri lakukan untuk pulihkan suami dia walaupun sampai tahap terpaksa derma organ. Mereka sanggup!

Dengan perempuan simpanan, jangan harap mereka akan berkorban sampai ke tahap itu. Makin mereka gembira dan mendoakan lelaki itu cepat mati. Sebelum lelaki itu mati, masa itu jugalah dia ‘mencekik’ lelaki itu sampai mati.

9. Bila dah susah, tak ada duit, perempuan itu takkan bersama dengan kau lagi. Dia sure akan akan kaki. Pujuk, rayu, melutut sampai berdarah lutut sekalipun dia tetap akan tinggalkan kau. Habis madu, sepah dibuang.

Tetapi isteri, biarpun suami dah susah, dah banyak habis wang pada perempuan tak guna itu, dia tetap akan setia bersama suami.

Dia sanggup mulakan ‘hidup baru’ dalam serba serbi susah bersama suami. Dari rumah besar yang mempunyai 4 bilik, dia sanggup pindah ke rumah yang lebih kecil satu bilik pun isteri boleh terima. Dia akan lupakan segala keinginan dan impiannya asalkan dapat membantu si suami.

Hargailah isteri yang setia seperti ini. Jangan sesekali bila dah berjaya, lupakan isteri. Itulah wanita yang sanggup bersama dengan kita tak kira waktu senang ataupun susah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...