“Isteri Tak Diberi Makan Cuma Minum Air Kosong Sahaja”, Suami Dayus Tak Nak Bercerai Dengan Isteri

Kehidupan

“Isteri Tak Diberi Makan Cuma Minum Air Kosong Sahaja”, Suami Dayus Tak Nak Bercerai Dengan Isteri

Perceraian atau talak adalah pembubaran hubungan suami-isteri daripada ikatan pernikahan atau perkawinan yang sah mengikut syariat Islam.

Tetapi sebagai umat Islam, perceraiaan adalah jalan terakhir untuk dilakukan oleh setiap pasangan berkahwin.

Advertisement

Menurut seorang peguam syarie, beliau ingin semua wanita yang tersepit dalam sesebuah perkahwinan itu jangan takut untuk memohon peceraiaan.

Beliau berkongsi kisah seorang wanita yang terseksa akibat perkahwinannya. Abang kepada wanita ini bertemu dengannya memohon pertolongan untuk menyelamatkan kehidupan adik perempuannya yang sudah tidak terurus.

Ketika bertemu dengan adiknya peguam ini berasa terkejut apabila melihat keadaan adiknya seperti “mayat hidup”.

Bergantung kepada kerajinan suami berkerja untuk beri kami makan

Kata wanita ini, jika suaminya rajin berkerja adalah makanan yang disediakan di rumah, tetapi jika dia malas, beliau tidak makan dan hanya minum air kosong sahaja.

Advertisement

kerajinan suami

Suami suruh setia, apabila minta cerai

Menurut peguam ini, perkahwinan mereka bermasalah tetapi si suami tidak mahu melepaskan isteri dan menyeru agar si isteri setia kepadanya sehingga mati.

disuruh setia

Isteri takut minta cerai sebab pernah kena tumbuk

kena tumbuk dengan suami

Bahkan apa yang menyedihkan, wanita itu juga mendakwa dirinya pernah ditumbuk di bahagian perut oleh suami di saat dia sedang menghamilkan anak pertamanya kerana meminta untuk diceraikan.

pernah kena tumbuk

Tak berhasrat panjangkan prosiding di makhamah

Dalam kes ini, peguam memberitahu bahawa pihak mereka tidak mahu meneruskan hasrat untuk memanjangkan masa dan prosiding mahkamah kerana tiada keperluan untuk menghadirkan seorang suami yang sudah hilang rasa tanggungjawab dalam rumah tangga mereka.

tak ada hasrat nak panjangkan

Advertisement

perkahwinan berjaya dibubarkan

Perkahwinan berjaya dibubarkan

Perkahwinan wanita ini dibubarkan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada secara taklik. Oleh itu pihak isteri diarahkan beriddah selama 3x suci dan pendaftaran perceraian hendaklah dibuat di pejabat agama.

dibubarkan

Bebas selama 4 tahun terseksa

Kepuasan seorang isteri apabila haknya terbela selepas 4 tahun terseksa dengan seorang suami yang tidak bertanggungjawab.

4 tahun bertahan

Bercerai secara taklik

Cerai secara taklik adalah cerai yang dibubarkan 100% oleh pihak mahkamah sekiranya isteri dan suami terbukti berlaku ‘syiqaq’ dalam perkahwinan.

bercerai taklik

Bagi wanita di luar sana yang menghidapi masalah seperti wanita ini menurut peguam tersebut. Anda jangan sesekali berasa takut. Sekiranya suami bertekad tidak mahu lepaskan puan-puan sebagaimana situasi wanita ini, puan-puan boleh ajukan kepada mahkamah permohonan pembubaran secara:

1. Taklik

2. Fasakh 3

3. Tebus talaq

 

Kepada wanita di luar sana, anda hanya perlu kuat dan cari jalan untuk keluar dari sesebuah perkahwinan yang menyeksa diri anda. Jangan sesekali takut, kerana anda bakal terseksa!

Ketahuilah wahai suami, duit belanja bulanan yang anda berikan kepada isteri itu dikira sebagai nafkah.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...