Perceraian atau talak adalah pembubaran hubungan suami-isteri daripada ikatan pernikahan atau perkawinan yang sah mengikut syariat Islam.
Tetapi sebagai umat Islam, perceraiaan adalah jalan terakhir untuk dilakukan oleh setiap pasangan berkahwin.
Menurut seorang peguam syarie, beliau ingin semua wanita yang tersepit dalam sesebuah perkahwinan itu jangan takut untuk memohon peceraiaan.
Beliau berkongsi kisah seorang wanita yang terseksa akibat perkahwinannya. Abang kepada wanita ini bertemu dengannya memohon pertolongan untuk menyelamatkan kehidupan adik perempuannya yang sudah tidak terurus.
Ketika bertemu dengan adiknya peguam ini berasa terkejut apabila melihat keadaan adiknya seperti “mayat hidup”.
Bergantung kepada kerajinan suami berkerja untuk beri kami makan
Kata wanita ini, jika suaminya rajin berkerja adalah makanan yang disediakan di rumah, tetapi jika dia malas, beliau tidak makan dan hanya minum air kosong sahaja.
Suami suruh setia, apabila minta cerai
Menurut peguam ini, perkahwinan mereka bermasalah tetapi si suami tidak mahu melepaskan isteri dan menyeru agar si isteri setia kepadanya sehingga mati.
Isteri takut minta cerai sebab pernah kena tumbuk
Bahkan apa yang menyedihkan, wanita itu juga mendakwa dirinya pernah ditumbuk di bahagian perut oleh suami di saat dia sedang menghamilkan anak pertamanya kerana meminta untuk diceraikan.
Tak berhasrat panjangkan prosiding di makhamah
Dalam kes ini, peguam memberitahu bahawa pihak mereka tidak mahu meneruskan hasrat untuk memanjangkan masa dan prosiding mahkamah kerana tiada keperluan untuk menghadirkan seorang suami yang sudah hilang rasa tanggungjawab dalam rumah tangga mereka.
Perkahwinan berjaya dibubarkan
Perkahwinan wanita ini dibubarkan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada secara taklik. Oleh itu pihak isteri diarahkan beriddah selama 3x suci dan pendaftaran perceraian hendaklah dibuat di pejabat agama.
Bebas selama 4 tahun terseksa
Kepuasan seorang isteri apabila haknya terbela selepas 4 tahun terseksa dengan seorang suami yang tidak bertanggungjawab.
Bercerai secara taklik
Cerai secara taklik adalah cerai yang dibubarkan 100% oleh pihak mahkamah sekiranya isteri dan suami terbukti berlaku ‘syiqaq’ dalam perkahwinan.
Bagi wanita di luar sana yang menghidapi masalah seperti wanita ini menurut peguam tersebut. Anda jangan sesekali berasa takut. Sekiranya suami bertekad tidak mahu lepaskan puan-puan sebagaimana situasi wanita ini, puan-puan boleh ajukan kepada mahkamah permohonan pembubaran secara:
1. Taklik
2. Fasakh 3
3. Tebus talaq
Kepada wanita di luar sana, anda hanya perlu kuat dan cari jalan untuk keluar dari sesebuah perkahwinan yang menyeksa diri anda. Jangan sesekali takut, kerana anda bakal terseksa!
Ketahuilah wahai suami, duit belanja bulanan yang anda berikan kepada isteri itu dikira sebagai nafkah.
Sumber: Twitter