Isteri kepada penyanyi Singapura, Sufi Rashid, iaitu Nurulain Md Yusof, tampil menafikan dakwaan bahawa dirinya mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu.
Dalam perkongsian di Threads, Nurulain menjelaskan bahawa walaupun memiliki pembantu untuk menjaga anak sulung mereka, Sabreen Aleyna, dia tetap aktif menjalankan peranan sebagai ibu terutama ketika tidak bekerja. Tulisnya,
Ramai fikir bila ada babysitter, saya terus tak jaga Breen. Macam lah tahu sangat hidup saya.
Menurutnya, walaupun Sabreen dijaga pembantu pada waktu siang, dia sendiri menguruskan anaknya pada waktu malam, termasuk menyuap makan, memasak, dan bangun malam untuk menyusukan. Tambahnya,
Bila tak pergi kerja, saya akan habiskan waktu seharian bermain, suap makan dan masak untuk Breen.
Nurulain juga menegaskan agar orang ramai tidak mudah membuat andaian berdasarkan apa yang dilihat di media sosial.
Untuk makluman, Sufi dan Nurulain telah berkahwin sejak 21 September 2019 dan dikurniakan seorang puteri selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.