Isteri Sifatkan Rahim Sepahtu Makin Seksi Selepas Kurus

Hiburan

Isteri Sifatkan Rahim Sepahtu Makin Seksi Selepas Kurus

Meluahkan rasa gembira melihat perkembangan positif suaminya yang kini berjaya menurunkan berat badan, isteri kepada pelawak Rahim Sepahtu iaitu Lily Khay tidak ketinggalan menyifatkan penampilan suaminya kini lebih seksi jika dibandingkan ketika mereka mula berkahwin dahulu.

 Isteri Sifatkan Rahim Sepahtu Makin Seksi Selepas Kurus

Advertisement

Bahkan, Lily juga turut memaklumkan kepada umum bahawa suaminya seorang yang bermotivasi.

Lily tampil berkongsi kisah tersebut kepada umum menerusi sebuah posting di laman Instagramnya.

https://www.instagram.com/p/CD8nLGtHqpE/?utm_source=ig_embed

“Sejujurnya suka tengok suami sekarang, makin hari makin seksi. Betapa bermotivasinya dia kan. Tapi kan aku pula geram tengok dia comel sangat ye lah uols, dulu di awal perkahwinan ni, tengok lah saiz abang beratus kilogram kot.”

Dedah Lily lagi,  suaminya dulu terpaksa tidur menggunakan bantuan mesin oksigen akibat mengalami gangguan pernafasan.

 Isteri Sifatkan Rahim Sepahtu Makin Seksi Selepas Kurus

“Keadaan paling teruk bila tidur pun pakai mesin sleep. Sah-sahlah tidur nak peluk pun tak boleh dulu. Takut-takut leher aku yang terbelit wayar mesin tu. Dia buka oksigen, nanti aku yang padam.”

Terdahulu, Rahim pernah mendedahkan berat badannya mencecah sehingga 125 kilogram. Namun, beliau dikhabarkan mula menjalani gaya hidup sihat sebelum pernah menurunkan berat lebih 16 kilogram dalam tempoh sikat.

Tidak ketinggalan, Rahim juga difahamkan menjalani pembedahan bariatrik atau ‘ikat’ perut bagi menangani masalah berat badannya.

Sekadar informasi, Rahim dan Lily telah sah bergelar suami isteri pada tahun 2015. Berita mengenai perkahwinan itu hanya diketahui umum selepas lebih setahun pasangan ini hidup bersama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...