Pengamal undang-undang, Puan Siti Hajar Aisyah Pozi berkongsi pengalaman pahit dilalui seorang wanita dan lima orang anak perempuannya.
Katanya, si ibu terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung perbelanjaan buat keluarga manakala suaminya yang sepatutnya menjadi ketua keluarga dan mencari nafkah sebaliknya hanya menambah beban kerana tidak bekerja.
Namun, ketika si isteri berpenat lelah dan sibuk bekerja di kilang, suami rupa-rupanya melampiaskan nafsu terhadap lima orang anak tiri perempuan yang masih dalam kategori bawah umur.

Gambar hiasan
Perbuatan terkutuk lelaki itu terbongkar selepas mangsa mengadu tentang hal tersebut kepada seorang guru di sekolah dan akhirnya mereka diletakkan di bawah jagaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ini kerana si ibu tidak berkemampuan untuk menjaga kelima-lima anak tersebut dan bapa kandung mereka pula langsung tidak ambil peduli.
Puan Siti Hajar sempat menyampaikan nasihat buat para wanita bahawa tidak semua perkahwinan akan menjamin kebahagiaan.
Dia juga berpesan kepada wanita yang baru bercerai untuk mencari kebahagiaan terlebih dahulu dan tidak terlalu cepat mahu mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Sebab itu saya katakan, wanita silalah bahagiakan diri sendiri dulu dan anak-anak. Nasihat saya, janganlah kahwin kerana rasa kita nak ada suami sebaliknya ada banyak masalah lain yang timbul.