Isteri kepada pelakon popular Shukri Yahaya, iaitu Tya Adnan, mencuri perhatian ramai apabila tampil memperkenalkan produk pakaian sukan baharu khusus untuk wanita muslimah.
Menerusi perkongsian di Instagram, Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 33, dilihat rancak bermain sukan pickleball sambil mengenakan pakaian sukan yang longgar dan labuh satu gaya yang sesuai untuk wanita aktif tanpa perlu mendedahkan aurat.
Tak semestinya aktif kena ketat. Oversized, labuh depan belakang. Sesuai untuk wanita aktif macam anda.
Rata-rata netizen menyambut baik kenyataan tersebut dan memuji usaha Tya memartabatkan fesyen sopan dalam dunia sukan. Ramai juga memuji penampilan ibu dua anak itu yang kekal aktif sambil menjaga batas sebagai wanita muslimah.
Turut mencuri perhatian adalah keyakinan Tya dalam menampilkan diri sebagai role model kepada wanita moden yang mahu bergaya dan bersukan tanpa mengabaikan tuntutan agama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.