September 3rd, 2012

Terkejut Abang Nara membaca berita tentang permohonan cerai isteri Sham Kamikaze, Farazila Abdul Jabar ini. Mereka berdua telah bernikah secara rahsia pada 17 Ogos 2008 yang lalu. Permohonan ini telah difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 30 Ogos yang lepas.

isteri sham kamikaze minta cerai

Menurut Farazila, dia memfailkan penceraian kerana konflik dalaman yang telah berlarutan selama 3 tahun. Kata Farazila:-

Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja. Beberapa konflik dalaman yang berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan. Ia menjadi sebab utama perceraian ini.

isteri sham kamikaze minta cerai
Namun begitu Farazila menafikan yang dia memohon cerai kerana kontroversi kononnya Sham sudah bernikah satu lagi pada bulan Januari lalu. Bagi Farazila, dia tidak kisah untuk bermadu namun itu bukan faktor utama permohonan cerai ini.

Ia (bercerai) bukan kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya reda bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati. Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya. Sudah lama saya berdiam diri sejak cerita itu tersebar walaupun maruah saya dan keluarga diperlekehkan. Kalau diperhatikan, saya langsung tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Sham tidak membenarkannya. Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini.

isteri sham kamikaze minta cerai

Kesian pulak Abang Nara membaca kata-kata Farazila ini. Tak sangka pula orang sealim Sham Kamikaze sanggup bersikap kasar terhadap isterinya sendiri. Mungkin Sham ada sebabnya yang tersendiri berbuat sedemikian. Apa pun semoga masalah rumahtangga Sham dan isterinya dapat diselesaikan secepat mungkin. Kredit info Mstar Online.


169 responses to “Isteri Sham Kamikaze Failkan Penceraian, Hanya Bahagia Di Tahun Pertama”

  1. azila says:

    cantik isteri dia nape nk cr yg lain….

  2. ruza says:

    Salam… sekadar pendapat.. jangan diketepikan hak seorang isteri samada isteri pertama dan seterusnya.. setiap manusia ada perasaan. Apatah lagi apa yang telah dilalui oleh isteri pertama memberikan sokongan kepada suami dalam apa jua situasi..islam itu adil.

    Semoga mereka diberikan kebahagian dan jalan penyelesaian.

  3. sry says:

    kita tak boleh terus menyalahkan Sham hanya setelah mendgr kenyataan isterinya.. itu sangat2 tidak adil.. kenyataannya boleh jadi benar atau sebaliknya..bagi sy, jika dia isteri yg baik, kisah penceraian ini takkan masuk media.. jika dia isteri yg baik dia takkan heboh2kan kisah rumahtangganya.. ini ketentuan Allah.. mungkin Allah merencanakan sesuatu yg lebih baik untuk Sham…

  4. abg rambut segak says:

    besnya dia kawen 2…leh tukar2 barang.

  5. Anonymous says:

    abeh madu sepah dibuang.. ape ke dayuss nye dia ni?? amboiiii.. dpt yg br.. yg lama ko lekeh2 kn.. bini punye la comeyyyy.. sebutir jerawat pon xde.. ngok!! ni x sikit.. banyak mesti main kasar ngan bini ni.. kalo aku jadik bini dia.. ko sepak aku.. aku sepak ko blk.. x dpt aku sepak ko.. aku suruh org lain sepak ko :)

Loading...