Isteri Seorang Pelakon Lelaki Luah Rasa Tak Puas Hati, Seorang Pelakon Wanita Mesej “Flirt” Dengan Suaminya?

Trending

Isteri Seorang Pelakon Lelaki Luah Rasa Tak Puas Hati, Seorang Pelakon Wanita Mesej “Flirt” Dengan Suaminya?

Heboh di laman forum Cari, isteri kepada seorang pelakon lelaki meluah rasa tidak puas hati pada seorang pelakon wanita yang didakwa menggatal dengan suaminya.

Advertisement

“Wonder if you still play victim this time? Drama apa pula dia nak tunjuk lepas ni. Standby popcorn ye!” demikian tulis si isteri.

Gambar ‘chat’ antara si suami dengan pelakon wanita itu dipercayai dirakam dari telefon bimbit si suami juga dimuat naik dengan hashtag #kenapagatalsangatnisis dan #maruahletakmanasis.

Selain turut ‘memuji kehebatan’ permainan pelakon wanita berkenaan, si isteri juga mendedahkan wanita itu pernah berkahwin, bercerai dua kali dan berusia 40’an.

Netizen mula tertanya-tanya, siapakah artis wanita yang dimaksudkan.

Ada segelintir netizen berpandangan bahawa itu hanya sekadar perbualan rakan-rakan artis sahaja. Tetapi tidak kurang juga yang berkata, perbualan seperti itu tidak sepatutnya diungkapkan kerana lelaki itu merupakan suami orang.

Bagaimanapun, gambar-gambar tersebut telah dipadamkan dari laman Instagram wanita berkenaan.

Apa pun, selesaikan dengan cara baik. Utamakan anak-anak, jangan kerana orang ketiga, rumah tangga yang sudah terbina lama musnah begitu sahaja.

Sumber : Kawah Api, mForum Cari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...