Isteri Sebak Apabila Suami Meninggal Dunia Depan Mata Selepas Beli Motor Idaman

Kehidupan

Isteri Sebak Apabila Suami Meninggal Dunia Depan Mata Selepas Beli Motor Idaman

Perkongsian wanita ini mengenai kisah bahagia suaminya bertukar menjadi tragedi apabila suaminya meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalan raya. Lebih menyedihkan, suaminya baru sahaja membeli motor idaman yang sudah lama diimpikannya.

Namun, di dalam perjalanan pulang suaminya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya dan disahkan meninggal dunia. Perkongsian Dalila Zolkifli mengenai insiden ini telah membuatkan ramai yang berasa sebak dan turut sama bersedih dengan nasib yang menimpa wanita ini.

Advertisement

Beli motor idaman

motor

Dia minat sangat motor ni dari sebelum kahwin lagi. Hari-hari tengok gambar motor, siap buat wallpaper lagi (selang seli dengan gambar kahwin). Katanya dah lama cari motor macam ni. Body besar, tapi slow. Idaman sangat.

Dia pernah cakap, ‘kalau la abang dapat motor ni, hidup abang dah lengkap. Semua cukup’.

Tapi masih ragu-ragu, ‘perlu ke tak eh abang beli motor ni? Tapi ni keperluan sebab motor lama dah rosak, bahaya ulang alik kerja. Oklah macam ni, kalau penjual tu letak harga sekian-sekian, kira ni rezeki abang, abang ambil terus. Kalau tak dapat harga ni, abang tak payah belilah’.

Dalam perjalanan pulang

motor idaman

Memang aku follow rapat je. Aku risau. Tak tau kenapa nak risau padahal bukan first time dia bawak motor. Tapi entah lah.

Seriously sampai ada terdetik, kalau aku bawa kereta betul-betul belakang dia selamat sikit sebab boleh jaga jarak dia dengan kereta lain. Haa sampai macam tu dia punya overthinking. Aku menyaksikan yang dia memang betul-betul bawa slow.

Di sepanjang perjalanan pulang, dia berasa naluri hati seorang isteri yang tiba-tiba risau akan suaminya yang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah walaupun suaminya sudah biasa menunggang motosikal.

Tiba-tiba jalan sesak

motor

Dalam masa kurang dari dua minit selepas itu, keadaan di jalan raya itu menjadi sesak dan dia ternampak beberapa orang awam mengangkat motosikal seperti milik suaminya. Pada waktu itu, dia berharap agar mangsa bukanlah suaminya.

Tetapi kemudian dia terlihat tubuh suaminya terbaring di atas jalan sambil berlumuran darah. Selepas dikejarkan dan dirawat di hospital, suaminya disahkan meninggal dunia disebabkan pendarahan yang teruk.

hospital

Kemalangan jalan raya ni asbab kematian je. Memang dah tertulis masanya sampai sini ja. Ni lah masa terbaik untuk dia pergi. Tak pernah menyalahkan keputusan dia beli moto tu.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang banyak membantunya semasa kejadian sehinggalah suaminya selamat dikebumikan. Di dalam perkongsian terbarunya di Facebook, dia memberitahu dia tidak pernah menyalahkan keputusan membeli motor itu sebaliknya ini semua hanyalah asbab kematiannya sahaja.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...