Umum mengetahui konflik antara suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri dan ibu tirinya, Datin Seri Haflin memang cukup hangat. Nedim sejak kebelakangan ini kerap memuat naik status berbaur sindiran kepada Haflin menerusi Insta Stories beliau.
Antaranya adalah rasa tidak puas hati apabila Haflin memberi gelaran Chief Jr kepada anak lelakinya. Buat Ned, hanya beliau sahaja layak menggunakan gelaran tersebut.
Dihimpit dengan pelbagai persoalan berikutan perbalahan antara anak dan isterinya, akhirnya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tampil bersuara mengenai isu tersebut. Nazri akui Haflin telah menjadi mangsa buli siber anaknya sendiri iaitu Nedim.
Isteri saya (Haflin) telah menjadi mangsa buli siber. Saya tidak tahu tujuan dia (Nedim) melakukan perkara itu. Kena tanya dia sendiri. Isteri saya ini pangkat ibu kepada dia, kenapa dia buat begitu? Dia sendiri ada anak tiri, adakah anak tiri dia buat macam tu kepada dia.
Advertisement
Semalam, Haflin ada memuat naik kenyataan di akaun Instagramnya yang ditujukan khas buat Nedim. Beliau mencabar anak tirinya itu untuk berjumpa dengan bapanya bagi menyelesaikan segala rasa tidak puas hati ataupun masalah antara mereka bertiga.
Haflin juga memuat naik foto deklarasi perkahwinannya bersama Nazri dan semua itu dilakukan dengan keizinan daripada suaminya. Malah, perkara itu turut disahkan oleh Nazri.
Harapnya satu hari nanti mereka bertiga dapat duduk bersama dan berbincang dengan baik untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

Anonymous
February 5, 2018 at 9:58 pm
Konon pandai French kantoi guna Google’s translate je selama ni. Dah la gila pangkat, gila harga, otak dekat bontot pulak tu. Buat malu Malaysia je ada bini menteri sakit otak mcm pompuan ni.
Anonymous
February 5, 2018 at 5:41 pm
hehe…dagu senget…kelakar
Padimah
February 5, 2018 at 4:59 pm
TAKDE LEVEL BETUL SI HAFLIN NI.
Kat Malaysia ni dia jer isteri menteri yang bergaduh 1 malaysia kecoh HAHRAHARHARHAR
Anonymous
February 5, 2018 at 1:26 pm
That’s not French, that’s Latin. Haflin tu kurang pintar. C’est magnifique konon….dumb as a rock…
Lala
February 4, 2018 at 1:23 pm
Seriously…kena ke letak your ic in public…motif motif?