Isteri Saya Jadi Mangsa Buli Siber Nedim, Tak Tahu Apa Tujuan Dia Buat Begitu – Nazri Aziz

Hiburan

Isteri Saya Jadi Mangsa Buli Siber Nedim, Tak Tahu Apa Tujuan Dia Buat Begitu – Nazri Aziz

Umum mengetahui konflik antara suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri dan ibu tirinya, Datin Seri Haflin memang cukup hangat. Nedim sejak kebelakangan ini kerap memuat naik status berbaur sindiran kepada Haflin menerusi Insta Stories beliau.

Advertisement

Antaranya adalah rasa tidak puas hati apabila Haflin memberi gelaran Chief Jr kepada anak lelakinya. Buat Ned, hanya beliau sahaja layak menggunakan gelaran tersebut.

Dihimpit dengan pelbagai persoalan berikutan perbalahan antara anak dan isterinya, akhirnya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tampil bersuara mengenai isu tersebut. Nazri akui Haflin telah menjadi mangsa buli siber anaknya sendiri iaitu Nedim.

Isteri saya (Haflin) telah menjadi mangsa buli siber. Saya tidak tahu tujuan dia (Nedim) melakukan perkara itu. Kena tanya dia sendiri. Isteri saya ini pangkat ibu kepada dia, kenapa dia buat begitu? Dia sendiri ada anak tiri, adakah anak tiri dia buat macam tu kepada dia.

Semalam, Haflin ada memuat naik kenyataan di akaun Instagramnya yang ditujukan khas buat Nedim. Beliau mencabar anak tirinya itu untuk berjumpa dengan bapanya bagi menyelesaikan segala rasa tidak puas hati ataupun masalah antara mereka bertiga.

Haflin juga memuat naik foto deklarasi perkahwinannya bersama Nazri  dan semua itu dilakukan dengan keizinan daripada suaminya. Malah, perkara itu turut disahkan oleh Nazri.

Harapnya satu hari nanti mereka bertiga dapat duduk bersama dan berbincang dengan baik untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

132 Comments

  1. Anonymous

    February 4, 2018 at 10:37 am

    semuanya sama je. satu famili IQ rendah. kalau dah umngok, sampai bila2 bongok!

  2. Anonymous

    February 4, 2018 at 10:04 am

    keluarga ganster .. pedehal..

  3. Acik ko

    February 4, 2018 at 9:58 am

    Bodo plak aku nengok haflin tu… laki ko menteri. Ko p tunjuk semalaya ic dia… adui. Tak layak jd wife vvip dia ni. Kalau tgk vvip wives lain… depa relax dan classy. Ini da mcm batak perangai… si ned tu memang azali perangai asshole. Ko nk jd asshole jugak mmg nmpk kampung ler.. tak sesuai langsung jd wife menteri. Macik bawang nye pangai..

  4. U

    February 3, 2018 at 10:57 pm

    Ala mak tiri ni insaf2 la guna bahasa Inggeris kalau English ok tkpe juga ni nazubillah ke laut grammar mistakes every way..Melayu kan gunalah bahasa Melayu/Malaysia.. #GuruEnglish

  5. ...

    February 3, 2018 at 9:21 pm

    Bangga betol si bini ni dengan pangkat Datin dan pangkat Chief Junior tu ye. Macam sakai. Insecure betol sebab dia bukan the only wife. Dahla nak berebut semua. Anak tu aku pun tak suka. Tapi bini ni pun boleh tahan juga. Dahla suka memaki mak anak tu dekat Insta. Anak sapa tak mengamok. Bongok betol lah. Money can buy you lots of Birkins but definitly can’t buy you class. Gila di Social Media. Tahniahla jagong dapat bini macam ni.