Isteri Saya Jadi Mangsa Buli Siber Nedim, Tak Tahu Apa Tujuan Dia Buat Begitu – Nazri Aziz

Hiburan

Isteri Saya Jadi Mangsa Buli Siber Nedim, Tak Tahu Apa Tujuan Dia Buat Begitu – Nazri Aziz

Umum mengetahui konflik antara suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri dan ibu tirinya, Datin Seri Haflin memang cukup hangat. Nedim sejak kebelakangan ini kerap memuat naik status berbaur sindiran kepada Haflin menerusi Insta Stories beliau.

Advertisement

Antaranya adalah rasa tidak puas hati apabila Haflin memberi gelaran Chief Jr kepada anak lelakinya. Buat Ned, hanya beliau sahaja layak menggunakan gelaran tersebut.

Dihimpit dengan pelbagai persoalan berikutan perbalahan antara anak dan isterinya, akhirnya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tampil bersuara mengenai isu tersebut. Nazri akui Haflin telah menjadi mangsa buli siber anaknya sendiri iaitu Nedim.

Isteri saya (Haflin) telah menjadi mangsa buli siber. Saya tidak tahu tujuan dia (Nedim) melakukan perkara itu. Kena tanya dia sendiri. Isteri saya ini pangkat ibu kepada dia, kenapa dia buat begitu? Dia sendiri ada anak tiri, adakah anak tiri dia buat macam tu kepada dia.

Semalam, Haflin ada memuat naik kenyataan di akaun Instagramnya yang ditujukan khas buat Nedim. Beliau mencabar anak tirinya itu untuk berjumpa dengan bapanya bagi menyelesaikan segala rasa tidak puas hati ataupun masalah antara mereka bertiga.

Haflin juga memuat naik foto deklarasi perkahwinannya bersama Nazri  dan semua itu dilakukan dengan keizinan daripada suaminya. Malah, perkara itu turut disahkan oleh Nazri.

Harapnya satu hari nanti mereka bertiga dapat duduk bersama dan berbincang dengan baik untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...