Baru-baru ini, lelaki yang menunjal dahi seorang pemandu wanita di Jalan Tapah-Cameron Highland tampil memberi penjelasan mengenai situasi yang sebenarnya berlaku.
Difahamkan daripada penjelasannya, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi serta keluarga dalam perjalanan pulang ke Shah Alam dari Cameron Highland dan katanya, ketika itu jalan agak sesak kerana banyak kenderaan yang baru turun dari tempat terbabit.
Menurut Tarmizi lagi, sewaktu pandang di cermin sisi belakang, kenderaan jenis Myvi cuba untuk memotong tetapi tidak lepas dan terpaksa melakukan brek kecemasan menyebabkan kenderaan yang dipandu hilang kawalan serta keluar daripada landasan jalan.
Bahkan, lelaki tersebut turut berkata seandainnya kenderaan itu tidak dapat dikawal, barangkali keretanya sudah memasuki gaung termasuklah kereta-kereta dibelakangannya.
Disebabkan situasi kecemasan itu, anak serta isterinya yang berada di tempat duduk belakang terjatuh hingga menyebabkan perut yang sedang hamil terkena tempat duduk hadapan.
Dirinya semakin naik angin apabila dia berhadapan dengan wanita itu, pelbagai alasan yang diberi.
Bagaimanapun, Tarmizi tetap mengakui salahnya menunjal kepala pemandu wanita tersebut dan memohon maaf.