Isteri Sakit Meroyan Jangan Dibuat Main Kerana Emosinya Mudah Rapuh

Trending

Isteri Sakit Meroyan Jangan Dibuat Main Kerana Emosinya Mudah Rapuh

Sakit meroyan bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh. Jika tidak dipantau dengan baik, kesannya akan memudaratkan diri sendiri dan anak yang baru lahir.

Memetik perkongsian dari Puan Nurasyikin Ali, beliau berkongsi kesan meroyan dan kenapa para suami perlu beri lebih perhatian agar kejadian yang tak diingi dapat di elakkan.

Advertisement

Jom baca perkongsian beliau..

Kuss semangat! Terkejut kak ekin dengar cerita kawan pasal kak ipar dia tampar baby sendiri bertubi-tubi. Dah la baby baru je lahir 20 hari.

Memang geram je kak ekin rasa.

Dia cerita lagi, anak buah dia tu memang jenis kuat nangis. Nak tidur mesti kena pangku. Kalau letak kat tilam, alamat nya tahan 10 minit je pastu meraung.

Tangan sampai kebas sebab lama sangat dok pangku baby. Kesian.

Suami aka abang kawan kak ekin ni, hari yang ke-9 dah terpaksa masuk kerja. Sebab mak kak ipar ni dah meninggal, jadi abang minta tolong ibu tengokkan kak ipar dan baby sampai habis pantang.

Tapi kak ipar ni jenis tak suka suruh mertua. Mungkin dia segan kot. Jadi, dari mandi baby sampai lah masak makanan pantang semua dia buat sendiri.

Kadang-kadang je mertua bantu sama.

Yang lagi kesian, susu badan kak ipar jenis tak banyak. Jadi baby asyik minta ngempeng 24 jam. Suami paksa kak ipar suruh bagi susu badan jer kat anak.

Alasan nak anak bijak dan kuat.

Satu malam tu, tengah semua sedap layan drama TV3 kat bawah.

Dengar kak ipar meraung kat bilik. Semua terkejut sampai lari lintang pukang. Sampai bilik, nampak dia tampar anak sambil terjerit-jerit cam orang hilang akal.

Semua yang tengok menjerit sama. Nasib lah datang cepat. Kalau tak, pasti masuk surat khabar kisah ibu dera bayi sampai lunyai.

Haishhh, minta simpang lah.

Kiranya, kak ipar dia ni dah masuk satu tahap yang kita panggil meroyan. Sejenis penyakit selepas melahirkan anak.

Mana taknya, dengan luka bawah belum baik dek kena vakum. Tambah dengan suami takde nak bagi sokongan kat isteri. Dengan baby yang asyik nangis tak henti minta susu badan.

Penat! Stress!

Bagi kak ekin, bila isteri berpantang, suami perlu ada untuk bagi sokongan dan bantuan pada isteri. Lebih baik berpantang sendiri bersama suami.

Dari dibiarkan berpantang di rumah mertua seorang diri.

Bukan nak kata mertua ni jahat, tapi sikit sebanyak menantu pasti rasa segan nak susahkan mertua. Sedangkan waktu kak ekin pantang di rumah mak sendiri pun, kak ekin segan nak suruh mak buatkan itu ini.

Waktu isteri berpantang, suami jangan lepas tangan. Sakit meroyan jangan dibuat main. Jangan nak ambil lewa. Sedap sama-sama, biarlah susah pun sama-sama.

Kalau suami memang perlu berjauhan, suami kerap lah berhubung dengan isteri. Dengar masalah dan aduan dia. Sekurangnya isteri lega dapat lepaskan apa yang terbuku.

Waktu berpantang emosi isteri mudah rapuh, sebab dia tak dapat nak solat.

Jadi, suami belikan radio ayat-ayat Al-Quran untuk isteri. Tenang sikit hati isteri bila dengar alunan indah tu. Tak mahal pun radio tu, tak silap dalam RM50 je satu.

Suami jangan tinggalkan pesan sampai menyusahkan isteri. Paksa isteri beri susu badan. Tapi tak diberi sokongan. Ingat beri susu badan ni benda yang senang ke? Lagi-lagi ibu yang tiada pengalaman.

Kalau isteri dah kena meroyan, alamat merana lah rumah tangga. Benda sikit akan dibesarkan. Jerit pekik nangis jadi makanan. Gangguan emosi jadi mainan.

Jadi suami beringatlah. Laksanakan tanggungjawab anda sebaik mungkin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...