Isteri Roslin Hashim: Saya Tak Pernah Reka Cerita

Hiburan

Isteri Roslin Hashim: Saya Tak Pernah Reka Cerita

roslin hashim raja azmi

Susah jugak nak bercerai terutamanya bila melibatkan orang ketiga. Agaknya itulah perasaan isteri Roslin Hashim, Nurhayati Othman, 38 tahun. Raja Azmi, kakak angkat kepada Roslin mendakwa yang dia telah memberikan maklumat tidak benar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Advertisement

Tapi Nurhayati telah pun bersumpah atas nama Allah di hadapan hakim semasa memberi penjelasan tersebut. Kata Nurhayati:-

[note]Saya hanya bercakap perkara benar dan biar semuanya diputuskan di Mahkamah Syariah kelak. Kebenarannya dan semua fakta akan hanya didedahkan di mahkamah nanti. Saya tidak menjangka dan terkejut dengan tindakan Raja Azmi membuat laporan di Balai Polis Ampang Khamis lalu mendakwa saya menipu dan memberi maklumat tidak benar di mahkamah.[/note]

Dan kami berharap agar kemelut ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Terlalu banyak perkara yang mencurigakan dalam kes ini. Raja Azmi dan Roslin Hashim di dalam satu bilik, Jailani Sidek cuba lengahkan masa semasa naik ke hotel dan macam-macam lagilah. Biarlah mahkamah yang tentukan siapa yang benar.

Bak kata Nurhayati, dia hanya mahukan namanya bersih:-

[note]Saya ingin nama saya dibersihkan berikutan ia mencemar reputasi dan nama baik saya apatah lagi saya bertugas sebagai penjawat awam. Jika ada yang ingin diperkatakan, biar ia didedahkan di mahkamah dan bukan hanya serangan melalui media.[/note]

All the best kepada Raja Azmi, Roslin Hashim dan Nurhayati. Kami tak menyebelahi mana-mana pihak. Cuba berharap pihak yang benar akan menang.

P.S: Sila gelak guling-guling tengok kecomelan video Mat Salleh nyanyi lagu Melayu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...