Isteri Risau Suami Hilang 12 Hari, Rupanya Tengah Syok ‘Honeymoon’ Dengan Isteri Baru

Kehidupan

Isteri Risau Suami Hilang 12 Hari, Rupanya Tengah Syok ‘Honeymoon’ Dengan Isteri Baru

Rasanya ia merupakan lumrah hidup, dimana pasangan suami isteri akan menempuhi pelbagai ujian sepanjang mendirikan rumah tangga dan itulah yang telah dihadapi oleh Mommy ASF apabila mengetahui suami berlaku curang dengan wanita lain.

Sekadar makluman, drama hangat Indonesia iaitu Layangan Putus merupakan adaptasi dari kisah sebenar yang ditulis sendiri oleh Mommy ASF mengenai liku-liku kehidupan sepanjang mendirikan rumah tangga bersama suami selama 14 tahun.

Advertisement

Pada mulanya, semua kelihatan indah dan mereka dikurniakan dengan lima orang cahaya mata, namun anak terakhir disahkan meninggal dunia ketika masih di dalam kandungan.

suami berlaku curang, hilang 12 hari

Masalah mula timbul pada tanggal 12 Februari 2018 selepas suaminya tiba-tiba menghilangkan diri selama 12 hari, namun hal yang membuatkan wanita ini curiga kerana sang suami membawa passport bersama-sama.

Mommy ASF cuba menghubungi suami dengan menghantar pesanan ringkas bahkan mengirim sekali suara anaknya, tapi masih juga tiada sebarang respon dan keesokan harinya dia menelefon semula, si suami jawab mempunyai urusan kerja di Jakarta.

Selepas 12 hari menghilangkan diri, akhirnya lelaki itu pulang ke rumah dan siapa sangka, setahun kemudian semuanya terbongkar apabila wanita itu terjumpa ratusan gambar suami bersama gadis lain.

Hendak dijadikan cerita, rupa-rupanya sepanjang tempoh 12 hari, lelaki terbabit telah pergi berbulan madu bersama isteri muda di Cappadocia, Turki yang juga merupakan impian Mommy ASF untuk pergi bersama-sama.

Kerana tidak dapat menerima perbuatan si suami, Mommy ASF nekad mengambil keputusan bercerai pada 19 September 2019, bagaimanapun, dia sama sekali tidak menyimpan perasaan dendam kerana fikir anak-anaknya perlukan kasih sayang seorang bapa di masa hadapan.

isteri mengamuk suami curang
3 years ago

"Kau Keluar! Kereta Ni Aku Beli Juga!" - Isteri Mengamuk Panjat Kereta Tangkap Suami Curang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Popmama

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...