Isteri kepada penyanyi nasyid Fitri Haris, Fazilah Omar, mengambil pendekatan untuk tidak memberikan komen lanjut berhubung dakwaan yang mengaitkan suaminya dengan isu curang.
Fazilah menjelaskan bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik dan bahagia, malah beliau menaruh sepenuh kepercayaan terhadap suaminya.
Tiada apa yang saya boleh ulas, kita sendiri tidak tahu bagaimana cerita ini boleh timbul. Saya rasa buat masa ini, tiada apa boleh dikatakan.
Saya percaya suami saya. Banyak pihak yang memutar belitkan keadaan, kalau gosip itu betul sudah lama Fitri bagi pengesahan. Apa yang sudah dikatakan oleh Fitri sebelum ini, maka itulah penjelasan sebenar.
Fazilah memberikan kenyataan tersebut ketika hadir menemani Fitri dalam persembahannya di acara Al-Quran Di Mana-Mana yang berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ketika ditanya sama ada benar wujudnya orang ketiga dalam perkahwinan mereka, Fazilah tetap tenang dan menegaskan hubungan mereka suami isteri tidak pernah menghadapi sebarang masalah.
Nama pun gosip. Saya dengan suami dan anak-anak, kami semua okay, hidup kami bahagia. Saya dan Fitri tiada langsung masalah.
Mungkin juga banyak dakwaan timbul disebabkan Fitri hanya memilih untuk diam sebelum ini. Disebabkan itu juga pelbagai tanggapan yang wujud.
Terdahulu, Fitri Haris tampil menafikan dirinya adalah individu yang terlibat dalam gosip membabitkan seorang penyanyi nasyid yang dikatakan curang terhadap isteri. Menurut anggota kumpulan UNIC itu, dia terkejut apabila mendengar khabar angin berkenaan dan menegaskan bahawa tuduhan tersebut tidak ada kena-mengena dengan dirinya.
Malah, isteri kepada penyanyi yang dimaksudkan itu dikatakan telah mengetahui tentang hubungan tersebut dan didakwa memberi keizinan untuk mereka berkahwin.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.