Isteri PU Abu Kongsi Cerita Bersalin Tanpa Suami Disisi

Hiburan

Isteri PU Abu Kongsi Cerita Bersalin Tanpa Suami Disisi

Umum mengetahui, rumah tangga Pencetus Ummah Abu dan isterinya, Hana Azraa sedang berantakan dan dikatakan dalam proses untuk bercerai.

hana azraa pu abu

Advertisement

Meskipun sedang melalui saat sukar dalam hidupnya, Hana yang baru sahaja selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 1 Februari yang lalu kira-kira jam 6.59 pagi, sempat berkongsi pengalamannya bersalin anak keduanya itu tanpa suaminya disisi.

Menerusi akaun Instagramnya, Hana berkata kali ini dia nekad untuk bersalin secara normal memandangkan anak sulungnya dilahirkan melalui pembedahan ‘caesarean’.

hana azraa

hana azraa pu abu

Pukul 4 pagi terpaksa kejut ayah nak ke hospital

hana azraa pu abu bercerai isteri pu abu kongsi cerita bersalin tanpa suami

Menurut Hana, dia terpaksa mengejutkan bapanya yang sedang tidur seawal jam 4 pagi untuk menghantarnya ke hospital untuk bersalin.

Meskipun diri dihina & penuh dosa, bersyukur proses bersalin dipermudahkan

hana azraa

Bukanlah seorang manusia sempurna yang sering dihina dan penuh dengan dosa, Hana  meluahkan rasa syukur proses bersalin dipermudahkan Allah.

Terdahulu, kontroversi PU Abu dengan bekas isterinya, Ain ‘Afini pernah mendapat perhatian netizen sekitar April tahun lalu. Nama Hana dikaitkan dengan kontroversi itu apabila didakwa sebagai punca perceraian antara pendakwah bebas itu dengan Ain ketika itu sarat hamil anak pertama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...