October 14th, 2019

Kontroversi cinta tegi segi pelakon Ammar Asyraf dengan seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman memang cukup hangat diperkatakan. Bagaimanapun, isteri pertama aktor tersebut, Arna Salleh tegas dengan pendiriannya yang akan tetap bersama suaminya.

amar asyraf

Menceritakan perkara sebenar, Arna mengakui dakwaan Ellika dimana ibu Amar memintanya wang sebanyak RM100,000 itu adalah benar. Namun, tindakan itu sebenarnya bertujuan untuk mengelakkan wanita itu berkahwin dengan Amar, tetapi Ellika pula memaklumkan dia mempunyai wang sebanyak itu dan sanggup membayarnya.

Waktu itu, Ellika memaksa kedua-dua keluarga bertemu dan membincangkan urusan pernikahan mereka, bagaimanapun ibu mentua saya menegaskan dia tidak bersetuju Amar menikahi Ellika dan dia mula bersikap kurang ajar.

amar asyraf ellika azman

Ibu mentua mencadangkan jika dia boleh bayar RM100,000 bagi menyelesaikan segala hutang Amar, barulah mereka boleh berkahwin. Dia kemudian memaklumkan ada wang sebanyak itu.

Pada masa yang sama, Arna memohon maaf kepada pihak keluarga kerana merahsiakan masalah rumah tangganya selama ini. Dia akan cuba memperbaiki kelemahan diri dan menjadi seorang isteri yang baik. Bagaimanapun, wanita itu sedia untuk berpisah dengan Amar sekiranya masalah berlaku berterusan dan semakin teruk.

isteri pertama amar asyraf

Selepas cuba memperbaiki diri dan menjadi isteri yang lebih baik, tetapi jika masalah terus berlaku saya bersedia untuk berpisah. Semuanya terpulang kepada Amar sebagai suami. Bagaimanapun dia tidak mahu kehilangan keluarganya dan berjanji akan memperbaiki kekurangan diri.

Saya bukan isteri yang baik, tetapi saya tidak akan tinggalkan suami saya berhadapan dengan situasi ini berseorangan. Kuat untuk berhadapan dengan perkara ini dan jangan menangis sendiri.

isteri pertama amar asyrafTerdahulu, Ellika membuat pendedahan dia menjalinkan hubungan cinta dengan Amar sejak September tahun lalu. Menurut Ellika, mereka sepatutnya bernikah di Thailand antara 11 hingga 13 Oktober tahun ini tetapi terpaksa membatalkan perancangan itu selepas dia sendiri terkejut apabila mengetahui aktor itu mempunyai dua orang isteri.

Sumber Berita : Harian Metro


9 responses to “Isteri Pertama Amar Asyraf Tidak Akan Tinggalkan Suaminya”

  1. ikan says:

    kena yakin sikit dengan diri sendiri, barula laki kau tak bodoh2kan kau berkali2. sampah.

  2. Anonymous says:

    Trash trash trash …..

  3. Anonymous says:

    Perempuan BODOH……

  4. Anonymous says:

    kalau laki gatai, laki pandai cari wang berjuta2 dlm setahun tak apalah kau ckp mcm. Sbb kau isteri pertama, byk manfaatnya.
    tpi setakat gji bulana dlm rm10k…huh cukupkah.

Loading...