Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isteri Pendakwah Selebriti Dedah Suami Selalu Curang, Simpan Gambar Berahi Bekas Kekasihnya

da'i didakwa curang dan mesej tak senonoh dengan perempuan

Macam-macam betul kes pendakwah yang curang sejak kebelakangan ini. Belum sejuk lagi kisah Da’i Farhan, kini timbul pula cerita mengenai seorang lagi penceramah lain yang mula popular menerusi program realiti.

da'i didakwa curang dan mesej tak senonoh dengan perempuan

Advertisement

Jangan terkejut kerana isteri kepada selebriti penceramah itu sendiri yang tampil membuat pengakuan di portal mStar Online.

Wanita itu mendakwa bahawa dia sudah tidak tahan menanggung beban sepanjang 4 tahun perkahwinannya dengan lelaki itu. Katanya. suaminya telah ‘kantoi’ curang beberapa kali sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan emosi.

Bukan niat saya untuk membuka aib suami kepada khalayak, namun saya tak mahu mereka terpedaya dengan penampilan golongam sebegini. Bayangkan suami saya sanggup melakukan panggilan tidak senonoh dengan wanita lain. Semuanya terbongkar selepas saya menemui rakaman video tersebut yang disimpan dalam telefon bimbitnya.

Mengejutkan apabila isterinya itu menceritakan bahawa lelaki itu kerap kali menerima gambar berahi daripada bekas kekasihnya menerusi direct message (DM) di laman Instagram.

Advertisement

Namun saya memaafkannya dengan harapan dia akan berubah. Namun sangkaan saya meleset, dia masih berperangai buruk biarpun selepas kami dikurniakan cahaya mata.

Bukan itu sahaja, pendakwah itu sering memulakan perbualan secara rawak dengan beberapa gadis menerusi laman Instagram dengan niat untuk bersembang perkara tak senonoh selepas itu.

Sepatutnya dia gunakan gelaran yang dipikulnya untuk berdakwah dan menegakkan agama, tapi lain pula jadinya. Dia menggunakan pengaruhnya di laman sosial untuk berkenalan dengan beberapa gadis muda.
Malah saya diberitahu oleh beberapa mangsanya yang dia sering memulakan perbualan mesra malah cuba untuk membuat panggilan video.

da'i didakwa curang dan mesej tak senonoh dengan perempuan

Penat dengan perangai buaya suaminya, wanita tersebut menyatakan bahawa dia bakal menuntut fasakh tidak lama lagi.

Advertisement

Apabila dihubungi, penceramah tersebut hanya menguncikan mulutnya dan tidak mahu memberi ulasan lanjut tentang dakwaan isterinya itu.

Walaupun tidak tahu siapakah gerangan sebenar pendakwah selebriti ini, tetapi ramai yang menebak bahawa kemungkinan besar lelaki itu berasal daripada program realiti Da’i anjuran TV3.

Sumber: mStar Online, Forum CARI

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 Comments

  1. pak cik nasihat je

    December 20, 2019 at 5:08 pm

    ni mesti kaki skandal laki org…tk pun jenus suami tak ingat bini. kalau TAK MAMPU, JANGAN CARI PASAL.. silap2 esok ikut sunnah tp dapat DOSA MASUK NERAKA.
    SEBAB:
    1. Culas nafkah…tak sediakan mkn minum, pakai dan tempat tinggal.
    2. Culas tanggungjawab sediakan keperluan anak2.
    3. Culas tanggungjawab kt mak ayah, mak ayah bini pertama, mak ayah bini ke2, mak ayah bini ke3 dan mak ayah bini ke4. (kau ingat kawen ni melepas nafsu dgn tekak kau je ke).
    4. Kau buat isteri menangis dan sakit hati.(sama gk kalau bini berdosa lukakan hati suami)
    5. Kau gagal didik isteri2 dan anak2 kau.
    6. Kau melakukan kezaliman dgn tidak menunaikan hak2 isteri2 dan anak2.

    Kesimpulannye…kalau dh byk sgt duit tu, apa kata kau g haji, sedekah kt anak2 yatim, belikan buku2 ilmiah, sediakan transport untuk org2 tua g klinik kesihatan…pahala tu lebih besar dr berbini 2,3,4….benda tu pun tak akan jd dosa. confirm syurga menanti, bukan berangan penuhkan nafsu akhirnye tempah tiket ke neraka. kt akhirat jln senget sambil cari isteri dan anak2 yg kau zalimi.

  2. Anonymous

    December 20, 2019 at 4:42 pm

    KEPALA HOTAK LA!!

    pasal kawin lebih dari 4 bukan main ikut sunnah tp haprakkk.. dasar jantann x cukup satu tp x ukur baju dibadan sendiri… jgn ingat ko boleh kawin 4 so boleh buat sesuka hati saja… bangang penunggang agama!!!

  3. puiiihttt

    December 20, 2019 at 3:22 pm

    tapi perlu ke dengan gambar berahi bagai? lelaki mmg boleh kawen 4 dengan syarat kene berlaku adil. klu ko xmampu berlaku adil cukuplah dengan 1. kenapa nak kawen lebih kene sakitkan hati isteri pertama?

  4. chanteq

    December 20, 2019 at 2:51 pm

    saya hanya ingat kamu. kamu lah lelaki dari neraka itu..

  5. Lelaki Sejati

    December 20, 2019 at 1:02 pm

    PEREMPUAN MELAYU SILA FAHAM AKAN HUKUM HAKAM ISLAM YANG SUAMI BOLEH KAHWIN LEBIH DARI SATU. MEMANG DITUNTUT DALAM ISLAM, ISTERI KENA BERGAYA UNTUK SUAMI. MALAH PERLU LAYAN SUAMI WALAUPUN DI BELAKANG UNTA SEKALIPUN. KALAU ISTERI NDAK MAU JAGA SUAMI BETUL BETUL JANGAN SALAH SUAMI MAU CARI PEREMPUAN LAIN. HAK LELAKI DALAM ISLAM JANGAN DIPERTIKAI. TAK INGAT NERAKA KE?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top